Apakah buku atau bahan undang-undang yang pertama diterjemahkan dari BI ke BM, tarikh buku tersebut. Apakah buku istilah undang-undang BM yang pertama di Malaysia? Apakah buku istilah undang-undang dari BI ke BM yang terkini? | Tuan, Mengikut rekod kami, buku istilah undang-undang yang pertama diterbitkan oleh DBP ialah Istilah Undang-Undang (Edisi 1) pada tahun 1970. Manakala buku Istilah undang-undang terkini yang diterbitkan oleh DBP ialah Siri Glosari Undang-Undang( Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-undang Pentadbiran) pada tahun 2001. | Lain-lain | 05.06.2007 |
salam, sy keliru yang manakah benar? 1.Undang-Undang di Malaysia atau Undang-ndang di Malaysia 2. Undang-undang Syariah atau Undang-Undang Syariah? | Ejaan yang betul ialah Undang-undang di Malaysia dan Undang-undang Syariah. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
SAYA MEMERLUKAN DEFINISI BAGI ISTILAH PERUNDANGAN DAN UNDANG-UNDANG DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN JUGA KESESUAIAN PERKATAAN TERSEBUT BAGI MENJALANKAN PENJENAMAAN SEMULA DARIPADA UNIT KEPADA BAHAGIAN. APAKAH ISTILAH TERBAIK UNTUK DIGUNAKAN?SAMA ADA BAHAGIAN UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN PERUNDANGAN?ATAU TERDAPAT ISTILAH LAIN YANG LEBIH SESUAI DIGUNAKAN? | Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman. Yang paling tepat digunakan ialah Bahagian Undang-undang. | Istilah | 06.11.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'pindaan' dalam istilah undang-undang? | Pindaan dalam istilah undang-undang bermaksud perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, atau penambahan. Tujuannya supaya sesuatu undang-undang itu menjadi lebih ketat, menyeluruh dan sesuai dengan keperluan semasa. | Makna | 17.03.2008 |
salam..mana satukah yang betul? Undang-Undang di Malaysia atau Undang-undang di Malaysia | Undang-undang di Malaysia | Tatabahasa | 23.02.2012 |
Saya hendak bertanya berkenaan penterjemahan akta-akta undang-undang Malaysia dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Selain menentukan istilah undang-undang, adakah DBP menterjemahkan undang-undang ini? Jika ada, akta manakah yang merupakan terjemahan DBP? Adakah versi terjemahan yang lain, contohnya oleh ILBS dan Attorney General Council, merupakan terjemahan yang diperakui? | Saudara Phoebe, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak melaksanakan kerja-kerja penterjemahan undang-undang. Walau bagaimanpun pihak Dewan Bahasa dan Pustaka turut terlibat dalam penggubalan istilah undang-undang bersama-sama dengan pakar-pakar bidang daripada pelbagai institusi berkaitan. | Lain-lain | 08.02.2010 |
saya seorang pelajar undang-undang. apakah definisi kertas cadangan dan bagaimanakah ia berbeza dengan kertas kerja undang-undang? apakah panduan hendak menulis kertas cadangan dan kertas cadangan undang-undang? adakah bahan rujukan yang boleh saya rujuk? | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan dalam konteks ini ialah persoalan undang-undang. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna apakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan. | Makna | 30.05.2012 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang tips penulisan artikel yang betul dalam bidang undang-undang | Penggunaan bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak sama dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Dalam penulisan terdapat beberapa etika penulisan yang perlu diikuti. Misalnya seseorang yang ingin menulis artikel dalam bidang sains, undang-undang, akhbar dan sebagainya perlu mengetahui laras bahasa yang digunakan. Format penulisan artikel tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan saudari merujuk majalah terbitan DBP untuk melihat contoh penulisan artikel yang disiarkan. | Lain-lain | 28.05.2013 |
Bagaimanakah ejaan bagi Agensi/Jabatan/Bahagian yang mempunyai perkataan berulang? Contoh: Bahagian Undang-Undang atau Bahagian Undang-undang Sekian. | Ejaan yang betul ialah "Bahagian Undang-undang". | Tatabahasa | 28.09.2011 |
Minta pertolongan bagi terjemahan jawatan -Senior Legal Advisor- ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah Penasihat Kanan Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang atau Pegawai Perundangan? | Senior Legal Advisor diterjemahkan sebagai Penasihat Kanan Undang-undang | Ejaan | 24.07.2002 |