Pasifkan ayat berikut: Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang. Saya masih ragu2 untuk meletakkan kata yang sesuai selepas kerja pasif "kirimi". Adakah selepas kata itu perlu diletakkan objek (kad undangan perkahwinan abang) atau orang (Syafiqa). | Ayat pasif yang betul bagi ayat, "Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang." ialah "Syafiqa saya kirimi kad undangan perkhawinan abang." Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Salam sejahtera, adakah frasa "undangan terbuka" boleh diguna pakai dan betul dari segi bahasanya? | Menurut data kami, rangkai kata undangan terbuka boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.01.2020 |
para undangan mengambil tempat masing-masing. betulke ayat tersebut? sejak zaman purba dahulu? betul ke atau sejak zaman purba? bergantung kepada/pada guru? yang mana satu betul? | 1. Ayat para undangan mengambil tempat masing-masing adalah betul. 2. Frasa yang betul ialah: i. sejak zaman purba, ii bergantung pada. | Tatabahasa | 27.07.2009 |
APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN) | VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARAN | Lain-lain | 20.05.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya istilah penggunaan perkataan "Ahli" 1. Adakah boleh digunakan "Ahli" sahaja atau " Ahli-ahli" Contoh: (a) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Undangan Negeri Setahu saya perkataan "Ahli" itu merupakan "Kata Nama" - banyak. Jadi memadai kita menggunakan "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan" sahaja. Adakah ini betul atau sebaliknya. Mohon jawapan. terima kasih. T.T. (Rusli bin Kamaruddin) Ketua Pelapor Perbahasan, Dewan Undangan Negeri, PULAU PINANG. | Perkataan ahli boleh merujuk kepada bilangan seorang atau ramai. Perkataan ahli-ahli merujuk kepada bilangan ramai. Perkataan ahli atau ahli-ahli digunakan mengikut konteks yang bersesuaian. Contohnya: a) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. (betul) b) Sekiranya ahli kumpulan tidak dapat menjawab, soalan akan dibuka kepada ahli-ahli kumpulannya. | Tatabahasa | 21.04.2011 |
Apakah maksud "Dewan" dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor. adakah hanya dalam dewan bersidang atau termasuk perkarangan luar dewan. Bahan ilmiah kerana menjadi percanggahan antara YB dalam dewan ini. | Saudara Yussainy, Saudara perlu mengkaji dan meneliti maksud perkataan 'dewan' yang digunakan dalam konteks Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor bersama-sama dengan ahli Dewan yang lain memandangkan persoalan yang timbul melibatkan penggunaan khusus dalam konteks yang dinyatakan. | Makna | 13.07.2009 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih. | Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Saya perlukan contoh surat rasmi bagi undangan Diraja, laras bahasa istana yang digunakan dengan betul. Terima kasih | Untik mendapatkan maklumat tentang laras bahasa istana, sila rujuk buku Bahasa Diraja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun? | Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun. | Lain-lain | 01.10.2014 |
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul? | Salam sejahtera, Semua frasa betul dan boleh digunakan. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 17.05.2019 |