Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. (fml) promise, janji; give an ~, berjanji: he has given us his ~ that the repairs will be completed on time, dia berjanji kpd kami bahawa kerja-kerja pembaikan itu akan selesai pd masanya; I gave an ~ to do my best, saya berjanji utk membuatnya sedaya upaya saya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. st undertaken, a. (work) kerja, usaha: a difficult and dangerous ~, kerja yg sukar dan berbahaya; b. (business) perusahaan: a huge ~ involving millions of dollars, suatu perusahaan besar yg melibatkan berjuta-juta dolar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata undertaking


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih.Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji.Istilah27.03.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH.1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 
2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains  Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam.
Tatabahasa09.07.2013
Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya?Salam sejahtera saudara.

Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji. 
Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji.
Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji. 
Tatabahasa01.03.2025

Kembali ke atas