| Mohon semakkan terjemahan di bawah. "My, I get to live in an apartment building before I die." Terjemahan: "Wah, saya dapat tinggal di dalam / dalam apartmen sebelum meninggal." Adakah penggunaan "di dalam" betul dalam konteks ini kerana frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang. Atau adakah dalam apartmen sudah memadai? Bagaimana pula dengan terjemahan "underwater world"? Adakah "dunia dalam air" atau "dunia di dalam air" yang lebih tepat? Kebanyakan Istilah MABBIM yang direkodkan membuang perkataan "di", contohnya seperti underwater environment menjadi "alam sekitar bawah air". Mohon penjelasan. Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat My, I get to live in an apartment building before I die ialah "Akhirnya, saya dapat tinggal di dalam apartmen sebelum meninggal". Untuk pengetahuan puan, "di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, manakala "dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang bersifat abstrak. Untuk soalan seterusnya, padanan bahasa Melayu untuk "underwater world" ialah dunia bawah air. | Tatabahasa | 10.02.2022 |