Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
undur-undur
[un.dur.un.dur] |
اوندور٢
Definisi :
Jw 1. sj binatang kecil yg gemar makan semut; 2. sj ketam kecil di pantai.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
undur-undur
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(46)
Kamus Bahasa Inggeris
(10)
Istilah MABBIM
(23)
Istilah Bahasa Melayu
(98)
Kamus Sains
(1)
Pengesahan Bahasa
(1)
Khidmat Nasihat
(6)
Artikel Akhbar
(18)
Artikel Majalah
(3)
Buku
(1)
Glosari Dialek Kedah
(1)
Glosari Dialek Melaka
(1)
Glosari Dialek Pahang
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Puisi
Tajam senjata musuh pun undur,
Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
Rupanya tuan datang menggoda.
Lihat selanjutnya...
(15)
Peribahasa
Hendak mara bedil bertinak,
hendak undur gelar telah besar.
Bermaksud :
Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.
Lihat selanjutnya...
(3)
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"?
Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan.
Istilah
06.09.2012
Apakah perkataan bm untuk back date / back dated?
Back date/back dated diterjemahkan kepada undur tarikh. Klik
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=back+dated
untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan
09.07.2015
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam.
Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.
Istilah
04.09.2012
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ??
i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah
letak kereta undur
atau
letak kereta secara mengundur
.
ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah
Had Laju 30 KM/J
Makna
10.04.2017
Apakah penggunaan bahasa atau ejaan yang sesuai bagi 'secara kebelakang'? Atau kebelakangan? Atau 'ke belakang'? *backdated jika di dalam bahasa English. Terima kasih.
Back date/back dated diterjemahkan kepada undur tarikh.
Istilah
18.08.2017
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih.
1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur.
Tatabahasa
06.07.2012
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...