Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.kai] | اوڠکاي

Definisi : ; mengungkai 1. menghuraikan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll): tali yg memperhubungkan aku dgn engkau telah tersimpul mati, tidak dapat diungkai lagi; 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak; 3. meng-anggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan; 4. mencari-cari sesuatu utk diselidiki, membongkar-bongkar utk menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yg sudah-sudah; terungkai telah (dapat) diungkai, terbongkar, terbuka, tertanggal, terurai: dia membetulkan kutangnya yg hampir ~ itu; pengungkaian proses atau perbuatan meng-ungkai: ~ simpulan; pengungkai; ~ rantai guna-guna (jampi, mantera) utk melepaskan gari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.kai] | اوڠکاي

Definisi : ; mengungkai 1 membuka sesuatu simpulan tali, ikatan dll; mengorak: Ia mencuba ~ ikatan itu tetapi tidak berjaya. 2 menanggalkan atau membuka (pakaian dll). 3 membongkar atau merombak (rumah dll). 4 membatalkan perjanjian dll; memansuhkan. terungkai telah dpt dibuka atau diuraikan. pengungkaian perbuatan atau hal mengungkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkai
Kata Terbitan : mengungkai, terungkai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai"Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll).
Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan.
Makna16.02.2012

Kembali ke atas