Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkap mengangakan mulut utk bernafas (berkata-kata), ngap-ngap; terungkap-ungkap sekejap terbuka sekejap terkatup mulut (spt hendak bernafas), terngap-ngap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baik­nya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkap membuka mulut utk bernafas. terungkap-ungkap sekejap terbuka dan sekejap terkatup mulut (spt hendak bernafas); terngap-ngap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkap mengeluarkan atau melahirkan perasaan dgn kata-kata, gerak-geri dll. ungkapan 1 susunan kata yg mempunyai maksud tertentu dan digunakan dlm tulisan dan juga dlm pertuturan. 2 simpulan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkap
Kata Terbitan : mengungkapkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini?Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan  itu.  Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Tatabahasa09.02.2010

Kembali ke atas