Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ungkapan (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangkaian kata: susunan kata, kata-kata, frasa, frasa kata,

2. Bersinonim dengan simpulan bahasa: peribahasa, ucapan bahasa, pepatah, bidalan, ujar-ujaran.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Frasa yang betul ialah:

1. Dari segi

2. Dari aspek  

3. Dari sudut

4. Kata alu-aluan

Tatabahasa21.02.2010
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
apakah penggunaan ungkapan "salam 1 malaysia" itu betul dari segi laras bahasa atau penggunaan bahasa. Jika betul apakah maksudnya "salam 1Malaysia"Ungkapan salam 1 Malaysia wujud ekoran dasar kerajaan terhadap 1 Malaysia yang diucapkan untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum.Lain-lain16.05.2010
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll.Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan.Tatabahasa28.02.2014
Hello, 1. saya inginkan kepastian ungkapan yang betul bagi ungkapan yang berikut: (a) kedua ibu bapa (b) kedua-dua ibu bapa yang manakah gramatis? 2. penggunaan kata ganti diri 'ia' amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia. IA mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. betulkah 'ia' digunakan bagi menggantikan amalan bergotong royong dalam perenggan di atas? 3. segelintir (a) SEGELINTIR DARIPADA pelajar suka bermain bola (b) SEGELINTIR pelajar suka bermain bola. yang mana gramatis? adakah semua kata bilangan himpunan mesti diikuti oleh 'daripada'? terima kasihJawapan yang betul ialah 1kedua-dua ibu bapa. 2.  kata 'ia' bagi menggantikan amalan bergotong royong adalah tidak sesuai. Yang tepat ialah amalan ini mendidik kita agar mengamalkan nilai murni.  3. Segelintir pelajar suka bermain bola.Lain-lain27.10.2010
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".
2.  Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Tatabahasa17.07.2013
1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajarBagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa01.03.2012
apa beza maksud ungkapan 'komunitiku sayang' dengan ungkapan 'komuniti kusayang'

Untuk makluman, kata ganti nama singkat hendaklah ditulis rapat dengan kata yang diterangkan, sama ada di pangkal kata kerja atau di hujung kata nama. Jika dilihat kepada frasa yang diberikan, komuniti merupakan kata nama dan sayang pula kata adjektif.  Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah komunitiku sayang.1">

Tatabahasa01.01.2020
Ungkapan yang mana betul? Sila berikan penjelasan. 1. "....dengan secepat yang dapat dilaksanakan.." 2. "... secepat yang dapat dilaksanakan.."Ungkapan yang kedua yang saudara nyatakan lebih betul. Namun begitu cadangan daripada pihak kami adalah seperti yang berikut: .... dapat dilaksanakan dengan cepat....Lain-lain04.05.2009
1. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, apakah maksud penanda wacana dan konsepnya? 2. Menurut DBP, apakah fungsi penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan? 3. Bagaimanakah penggunaan penanda wacana dapat meningkatkan kualiti sesebuah karangan?Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa09.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas