Salam.sy nk tnya, dkt dewan pustaka & bahasa boleh translate result pelajar undergraduate uni mesir kepada bahasa malaysia/inggeris? | Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-9226 2506. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2015 |
Yang mana satu betul eg: Prof. Ali atau Prof Dr. Ali kalau merujuk Prof. dalam bidang falsafah sahaja tanpa ada ISM Profesional. Dr telah diubah menjadi Prof. Manakala, pendapat saya Prof. Dr. Ali ini bermaksud Prof (Jawatan diiktiraf uni daripada Dr. yang akan kembali menjadi Dr. sahaja selepas bersara) dan Dr. (gelaran pengamal perubatan). Jadi pendapat saya berbeza "Prof. Dr. Ali dan Prof. Ali". begitu juga "Prof Madya Dr. Ali - Prof Madya. Ali", "Prof Emeritus Ali - Prof Emeritus Dr. Ali". Namun begitu, Phd dalam bidang perubatan tetap kekal Dr. Ali (Phd Md) --- Mohon pencerahan. Terima Kasih | Sama ada seseorang itu doktor perubatan atau doktor falsafah, beliau boleh memakai gelaran Dr. pada awal namanya. Bagi doktor falsafah, sekiranya beliau seorang profesor atau profesor madya semasa berkhidmat di pusat pengajian tinggi, maka ditambah gelaran Prof. atau Prof. Madya di hadapan Dr. sebelum namanya. Apabila beliau telah bersara, gelaran yang tinggal ialah Dr. sahaja. | Lain-lain | 01.03.2021 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: jumper - jumper harness - abah-abah flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung mateable - boleh sambung wet-mate - penyambung basah fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber 1out harness - 1out harness nominal - nominal mate/unmated - sambung/tak sambung stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang diver - penyelam Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut bulkhead - dinding sekatan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Lain-lain | 22.06.2021 |