Mengapakah kata nama khas seperti nama negara tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti United Kingdom ke Kerajaan Bersatu dan sekiranya wujud hukum bahasa ini jadi mengapa negara seperti Yaman, Yunani, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu mempunyai nama khas yang nyatanya telahpun diterjemah dari nama asalnya (Yemen,Greece,United States dan United Arab Emirates), jika tidak wujud hukum ini maka penerjemahan nama khas adalah berdasarkan fonologi ataupun penterjemahan terus? (United Kingdom > Unaited Kingdem ATAU Kerajaan Bersatu) | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hamper terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Ambil Contoh nama Ayer Keroh, Burma atau Myanmar, Tobago and Trinidad dan Isle of Trinidad juga negeri atau tempat baharu yang baru merdeka seperti Montenegro, Timor-Leste atau East Timor. Keadaan politik amat mempengaruhi kewujudan atau penamaan negeri-negeri dan tempat-tempat ini. Satu perbahasan atau penyelidikan mungkin diperlukan jika saudara mahu mendapatkan jawapan perihal soalan yang dikemukakan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2018 |
Saya ingin tahu bagaimana nama Amerika Syarikat terhasil? Sedangkan dalam Bahasa Inggeris namanya United Stated of America? dan Bukan Negeri Bersatu Amerika Dan mengapa United Arab Emirates tidak diterjemahkan sebagai Emeriah Arab Syarikat. | Untuk makluman, kandungan dan garis panduan penentuan nama geografi telah disediakan dan disusun oleh jawatankuasa khas dengan merujuk panduan tertentu. Bagi nama negara di luar Malaysia, nama negara perlu dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan mengikut penyesuaian ejaan (jika perlu) berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Begitu juga nama Amerika Syarikat merupakan nama khas yang telah mantap dan telah lama digunakan, ia berbeza dengan United Arab Emirates, sekiranya diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu Emiriah Arab Bersatu. | Lain-lain | 14.06.2021 |
Salam. Apakah ejaan Jawi bagi "United Kingdom", "Great Britain" dan "Ireland"? Terima kasih. | Great Britain ݢريت بريتن United Kingdom يونايتد کيڠدم Ireland اءيلند | Ejaan | 22.04.2021 |
Adakah terjemahan ini betul? United States Minor Outlying Islands - Negara Kepulauan Terpencil Minor Amerika Syarikat | Pihak kami mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai bagi perkataan United States Minor Outlying Islands iaitu Kepulauan Kecil Terpencil Amerika Syarikat. | Lain-lain | 13.11.2019 |
Apakah istilah terjemahan tepat untuk United Nations Security Council (UNSC)? Adakah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu? | Terjemahan untuk United Nations Security Council (UNSC) dalam bahasa Melayu ialah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Makna | 07.05.2022 |
Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya, 1. Saya mendapati dari wikipedia bahawa penterjemahan bagi perkataan "United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland" adalah " Kerajaan Bersatu Britania Raya dan Irlandia Utara". 2. Saya tidak pasti sama ada penterjemahan ini adalah betul. 3. Dengan ini, saya ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengesahkan ketepatan penterjemahan ini. Sekian, Terima Kasih. Mandy Lim | Terjemahan bagi United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland ialah "United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara"
| Makna | 09.05.2022 |
Saya dari UNICEF (United Nation Children's Fund). Kami dalam proses menterjemah logo dan tagline kami ke bahasa Melayu. Tagline kami dalam Bahasa Inggeris adalah "For Every Child". Kami ingin menterjemahnya ke "Untuk Semua Anak" kerana Kanak-kanak agak panjang. Adakah terjemahan "Untuk Semua Anak" betul atau patutkah kami gunakan sahaja "Untuk Semua Kanak-kanak". Terima kasih, | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah untuk setiap kanak-kanak | Lain-lain | 26.07.2019 |
Saya ingin bertanya United Nations dalam bahasa Melayu ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Bangsa-Bangsa Bersatu? | Padanan yang betul ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2017 |
Yang manakah ejaan yang betul bagi padanan United Arab Emirates? 1) Emirriyyah Arab Bersatu (menurut Dokumen Tambahan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia); atau 2) Emiriah Arab Bersatu (menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan); atau 3) Emiriyah Arab Bersatu (menurut Istilah Sains Politik pada laman PRPM). Terima kasih kerana membantu. | Ejaan yang diterima pakai adalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu “Emiriah Arab Bersatu”. | Ejaan | 30.05.2019 |
Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school." | Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas" | Makna | 21.03.2022 |