DBKL suruh saya apply until iklan kedai dekat DBP, tetapi saya tak data nak jumpa borang aplikasi online. Boleh tolong tunjuk saya macam mana nak apply? | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak. | Lain-lain | 18.02.2022 |
NTV7. Date 8 March 2007. News at 6pm. Mereka menggunakan "beliau" until seorang perogol yang dihukum 18 tahun. Sila semak. Thanks. | Beliau merupakan kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati). Jelaslah, penggunaan beliau untuk mewakili seorang perogol kurang sesuai. | Lain-lain | 08.03.2007 |
Salam sejahtera, nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu jelas, macam mana jika "learning until half lesson") 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul ialah: 1. Kami sudah belajar hingga setengah waktu pembelajaran, barulah dia datang. 2. Masih ada dua pertandingan pada sebelah petang. (tidak perlu masukkan penjodoh bilangan kerana ia bukan bentuk) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak masak? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha untuk belajar. 6. Dia merancang pergi ke Singapura pada hari esok. | Tatabahasa | 14.06.2019 |
Assalamualaikum Tuan Says minta jasa Tuan untuk edit dan semak kaliamat di bawah ini: 1. Penghargaan & Terima kasih Kepada warga IPB Sempena majlis Konvokesyen ke 10 2. Penghargaan & Terima kasih Kepada warna IPB atas kejayaan majlis konvokesyen ke 10 Kami minta jasa bail Tuan until mengedit kalimat tersebut supaya menjadi kalimat yang betul Dan indah. Terima kasih Wasslam Hasbi | Rakaman pernghargaan dan terima kasih kepada warga IPB bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-10.
| Tatabahasa | 19.08.2014 |
Greetings to you. Allow me to introduce our programme. I am attached to a nonprofit that works with a select group of secondary school students (Ages 13-18) from underserved communities in Malaysia. Around 200 students are recruited in a year, following a careful selection process, and they remain in the programme for 5-7 years, until they enter college. While the students get ample opportunities to develop themselves academically, we also working with the teenagers to mold them as good citizen and role model for their community. Part of the activities we plan to organize writing skills training or workshop. I would like to explore the opportunity for our scholars to participate in DBP workshop in future. Hence this e-mail. Kindly advise how we may make avail for the resources that DBP has to incorporate within our programme, and what are the next steps if there are any possibilities to work together with your esteem organization? Thanking you in advance for your response. | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 04.09.2015 |
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "on the cases or coverings“ dalam konteks ayat di bawah: 3. After receiving the goods into his charge, the carrier, or the master or agent of the carrier, shall, on demand of the shipper, issue to the shipper a bill of lading showing among other things— (a) the leading marks necessary for identification of the goods as the same are furnished in writing by the shipper before the loading of such goods starts, provided such marks are stamped or otherwise shown clearly upon the goods if uncovered, or on the cases or coverings in which such goods are contained, in such a manner as should ordinarily remain legible until the end of the voyage; Sama ada boleh diterjemah “on the cases” sebagai "bekas" dan “covering” sebagai “penutup” ? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "on the cases or coverings“ mengikut konteks ayat ialah pada kotak atau penutup | Makna | 24.09.2021 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |