Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untuk;

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(230)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tajuk: Permohonan Kelulusan Bahasa Untuk Bunting " Tanah Untuk DiJual" Salam sejahtera. Saya ingin memohon kelulusan daripada pihak DBP bagi bunting iklan "Tanah Untuk Dijual" yang akan dipasang di Jelebu, Negeri Sembilan. Mohon panduan cara serahan artwork untuk semakan dan dokumen sokongan yang diperlukan. Terima kasih. Kerjasama dan maklum balas pihak tuan/puan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, IRIES LAI 012-2730805 emel: irieslai@gmail.com

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Sah”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

 Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

 Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

Pembetulan pada visual papan iklan:

Betulkan simbol & kepada ejaan penuh, dan

Apakah yang dimaksudkan dengan Air dan Elektrik? Sila masukkan maklumat lengkap dalam papan iklan

Lain-lain29.08.2025
Bagaimana untuk membuat permohonan DBP untuk papan tanda perniagaan?

Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohonan secara dalam talian melalui portal dbpsahbahasa.my

1.         Daftar Akaun dan Aktifkan Akaun

2.         Log Masuk dan pilih Daftar Iklan

3.         Isikan Maklumat Iklan, muat naik visual iklan, klik Simpan dan buat bayaran

Sila rujuk Panduan Pelanggan dan video tatacara permohonan yang disertakan pada laman web.

Lain-lain24.06.2024
Salam. Saya merupakan salah seorang pelajar universiti dan saya ingin memohon untuk sumbangan dan tajaan bersama untuk program terkemuka di universiti saya. Organisasi juga berminat untuk berkolaborasi berikutan dengan program yang dianjurkan ini berteraskan bahasa melayu. Bolehkah untuk saya mendapatkan emel dan nombor yang boleh dihubungi untuk permohonan sumbangan dan tajaan ini.Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila e-melkan permohonan kerjasama kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.Lain-lain14.01.2025
Apakah perbezaan untuk,agar dan supaya? Bilakah keadaan yang sesuai untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut?

“Untuk” merupakan kata sendi nama yang bermaksud ditentukan atau disediakan bagi sesuatu.

 

Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “untuk”, apabila kata sendi nama ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

 

“Agar” dan “supaya” merupakan kata hubung pancangan keterangan yang bermaksud supaya dan semoga.

 

Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “agar” dan “supaya” apabila berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 253 dan 276.

Tatabahasa21.08.2025
Pilihan perkataan yang mana lebih tepat untuk ayat-ayat berikut? 1. Daftar sekarang untuk nikmati / menikmati kadar rendah 2. Ikuti arahan di skrin untuk lengkapkan / melengkapkan permohonan 3. Klik sini untuk ketahui / mengetahui cara yang lebih tepat.

Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

1. Daftar sekarang untuk menikmati kadar yang rendah.
2. Ikuti arahan di skrin untuk melengkapkan permohonan.
3. Klik di sini untuk mengetahui cara yang lebih tepat.

Tatabahasa06.09.2024
Adakah wujud perkataan ‘pengkumur’ untuk menggantikan perkataan ‘mouthwash’? Saya terpanggil untuk menyemak setelah melihat penggunaan perkataan ini dalam satu iklan ubat kumur di media massa. Untuk imbuhan peng, apakah hukum (rules) imbuhan secara umum? Mengikut pemahaman saya, untuk perkataan bermula dengan k, huruf k digugurkan apabila imbuhan peng ditambah (prefix). Eg: kawal - pengawal. Adakah huruf k dikekalkan hanya untuk kata pinjaman? Eg: katalog - pengkatalogan. Bagaimana pula dengan perkataan kelas yang merupakan kata pinjaman inggeris ‘class’ namun menjadi pengelasan dan bukannya pengkelasan. Adakah terdapat faktor tambahan dalam kes ini?

1. Kata pengkumur masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Berdasarkan korpus, kata pengkumur mulut untuk ‘mouthwash’ adalah lebih tinggi kekerapannya berbanding pengumur. Dari segi semantik jika menggunakan perkataan pengumur, makna pertama yang muncul dalam minda masyarakat ialah perkaitan makna dengan kata akar umur, berbanding apabila menggunakan pengkumur, masyarakat akan terus mengaitkan makna bagi kata akar kumur.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 109, huruf p, t, k, s pertama pada kata dasar yang bercantum dengan awalan  peN-, huruf pertama tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama pada kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut.

Contoh: pemukul (pukul), penahan (tahan), pengarang (karang) dan penyelam (selam).

2. Huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan apitan peN-…-an tidak akan luluh untuk kata pinjaman seperti penkatalogan.

Contoh lain: pemprosesan (proses), pengkateran (kater),  dan pemvetoan (veto).

(rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 107-111)

3. Walau bagaimanapun, kata asing yang telah terserap dalam bahasa Melayu, huruf pertama kata dasarnya akan luluh apabila menerima imbuhan apitan peN-…-an.

Contoh: penyeteman (setem), pengelasan (kelas), penelefon (telefon).

Tatabahasa08.06.2024
Salam Sejahtera. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaan perkataan bagi dan untuk dengan tepatKata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina; dan 

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: Hadiah itu untukmu, bukan Hadiah itu bagimu.
Tatabahasa26.05.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah perbezaan skrip dan manuskrip? Bolehkah "skrip" digunakan untuk menggantikan penggunaan "manuskrip" untuk merujuk karya yang belum terbit? Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Perdana (2021), skrip mempunyai dua maksud, iaitu 1. Cerita, maklumat dan sebagainya bagi kategori tertentu seperti drama, filem, dokumentari dan sebagainya yang ditulis atau ditaip, mengandungi tema, watak, dialog, penceritaan latar dan sebagainya; 2. Dokumen yang merupakan bukti hak milik terhadap saham yang dikeluarkan oleh pendaftar syarikat masing-masing.

Manuskrip pula ialah 1. Karangan, tulisan dan sebagainya yang bertulis tangan; 2. Karya yang bertulis tangan atau bercetak yang telah disediakan oleh penulis, editor dan sebagainya untuk diterbitkan.

Skrip tidak boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan manuskrip untuk merujuk karya yang belum terbit.

Lain-lain27.11.2024
Mengapakah soalan saya belum dijawab, sangat lamanya!Mohon maaf atas kelewatan pihak kami memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, untuk soalan-soalan yang memerlukan penelitian dan rujukan, pihak DBP memerlukan sedikit masa untuk menjawabnya. Walau bagaimanapun, boleh kami dapatkan soalan yang ditanya oleh pihak tuan? Tuan boleh menghantarkan soalan tersebut kepada e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my dan cc kepada afiqah@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.02.2025
1...dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang Undang (RUU)... atau ….dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam penggubalan draf Rang Undang Undang bagaimana ingin membezakan penggunaan ke dalam dan dalam?Frasa yang betul ialah “….dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-undang”.  

Frasa "ke dalam" digunakan untuk kata nama atau frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas manakala “dalam”  hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, seperti bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 285 untuk penerangan lanjut.
Tatabahasa12.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas