Bilakah penggunaan kata ganti nama diri singkat "kau" dan "ku" dieja serangkai dengan kata yang mengikutinya? | Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan. | Tatabahasa | 11.12.2018 |
Jika di dalam puisi mengandungi perkataan 'tariarusmu' yang menggambarkan suasana aliran sungai/tasik, adakah perkataan tersebut dibenarkan dieja rapat seperti yang dinyatakan di atas? | Dalam penulisan biasa selain puisi, perkataan "mu" mesti dirapatkan dengan perkataan yang mendahuluinya. Contohnya: untukmu, adikmu, impianmu dan lain-lain. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Bolehkah kata kerja menerima suffix pronoun? Contoh ayat: 1. Harimau itu mengejarku dengan ganas. 2. Jam tangan itu milikku. Sila jelaskan perbezaan ayat 1 dan 2. TErima kasih. | Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya, padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Bukan mudah untuk / bagi saya belajar kemahiran ini. Kata sendi 'untuk' atau 'bagi' sesuai digunakan dalam ayat di atas? Setahu saya kedua-dua kata sendi tersebut tiada perbezaan dalam penggunaan. Betulkah? | Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Bukan mudah untuk / bagi saya belajar kemahiran ini. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu). | Tatabahasa | 14.08.2013 |
Assalammualaikum, tuan/puan mohon penjelesan tuan/puan mengenai perbezaan penggunaan kata hubung 'bagi' dan 'untuk' dan bagaimanakah untuk mengenalpasti penggunaan kata hubung tersebut dengan tepat. Terima kasih. | Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama untuk sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Tuan, bolehkah terangkan penggunaan "untuk" dan "kepada" dalam ayat. Apakah perbezaannya? Boleh kah tuan menerangkan pengguna"untuk" dan "kepada" dengan ayat contoh. Sekian terima kasih. | Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti ayat Hadiah ini untukmu. Kata sendi nama kepada digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menyatakan sasaran (manusia, haiwan atau bentuk mujarad), seperti ayat Ali mengirim surat kepada abangnya. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" | yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" Ayat yang betul ialah "Majlis perpisahan untuk tiga orang staf". Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; "Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sahaja". Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu). | Tatabahasa | 23.01.2014 |
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawan | Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan. | Tatabahasa | 08.05.2007 |
Apakah perbezaan penggunaan kata sendi 'bagi' dan 'untuk'? Terima kasih. | Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama untuk sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen? | 1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar). | Tatabahasa | 09.09.2008 |