Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upacara 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
Salam Sejahtera, 1. Majlis upacara perasmian dewan. 2. Majlis perasmian dewan. 3. Upacara perasmian dewan. Ayat yang mana tepat. terima kasih.Frasa yang betul ialah majlis perasmian dewan.Tatabahasa22.05.2012
1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasihJusteru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru.Tatabahasa18.06.2013
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'?Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).Makna24.08.2017
Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan.

1. Bulan mengambang ialah  bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara.

2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami.
3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll):

Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut.

Tatabahasa04.12.2013
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV.Kedua-dua ayat adalah betul.  Mengikut Kamus Dewan:
menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti.
menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola;
Lain-lain21.09.2014
Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1Malaysia, Tuan, Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah maksud serta perbezaan kata berikut: -Pelan Strategi -Pelan Taktikal -Pelan Operasi -Pelan Tindakan 2. Apakah pula maksud serta perbezaan kata berikut: -Teknik -Cara-cara -Kaedah -Pendekatan 3. Apa pula perbezaan kata: -Rangkai kata -Sari kata -Kota kata 4. Apakah maksud 'keanekaragaman susuk ayat'? Mohon penjelasan dengan segera. Terima kasih. Wassalam Ahmad Nasrun Kudat Sabah 2.

1. Pelan strategi bermaksud rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan. Pelan taktikal berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan.  Pelan operasi berkait dengan perjalanan atau kegiatan yang dilaksanakan. Pelan tindakan ialah langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan.

2. Teknik - 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. Cara-cara - 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacaraKaedah -  cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan - 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

3. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Sari kata ialah terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan. Kota kata (yang tepat ialah mengotakan) bermaksud menepati (melaksanakan) janji dll.

4. Keanekaragaman susuk ayat bermaksud bentuk atau susunan ayat yg beraneka ragam.

 

Istilah02.03.2010
Takrif 'berendoi' dan kenapa perkataan tersebut yang merupakan adat Melayu tidak tersenarai dalam kamus?
1">

Takrif "berendoi" telah dirakam dalam Ensiklopedia. BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir.  Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai).  Pada ketika anak itu selamat dinaikkan keendoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi.  Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah.

Lain-lain17.10.2018
Salam sejahtera, Saya nak bertanya, adakah wujud perkataan aturcara program atau aturcara mempunyai maksud yang sama dengan program?
Dalam data kami, atur cara merupakan kata majmuk yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dan sebagainya) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan termasuk program). Maka, frasa atur cara program memang ada dan digunakan dalam bahasa Melayu.
1">
Makna21.07.2017

Kembali ke atas