Apakah terjemahan untuk mobile upload? (Dua soalan sebelumnya terputus.) | Untuk makluman, istilah mobile upload tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk istilah mobile ialah mudah alih, mudah gerak, boleh gerak dan bergerak. Istilah bahasa Melayu untuk upload ialah muat naik. | Istilah | 22.08.2011 |
Apakah proses pembentukan istilah 'muat naik' dan 'muat turun' dalam bahasa Melayu untuk padanan upload dan download? | ntuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud prosespenyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Prosespembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilahasing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilahMelayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilahasing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2018 |
Dear Sir, I already login to dewan bahasa dan pustaka, how to apply & submit document & upload file. | Untuk mendapatkan khidmat panduan mengisi sistem DBP sah bahasa, sila hubungi nombor 03-21479691 atau 9400 | Lain-lain | 19.06.2017 |
Pelajar-pelajar saya telah membuat lagu Puisi berdasarkan sajak DIRUANG GEMANYA karya arwah DHARMAWIJAYA. Mereka ingin merakamkan lagu tersebut dan 'upload' dekat youtube. Pada siapakah mereka perlu memohon kebenaran penggunaan sajak itu untuk dibuat lagu? | Perlu mohon izin daripada penerbit asal buku itu dan juga pencipta karya. | Lain-lain | 15.04.2013 |
Fail bagi permohonon lesen syarikat saya ke MBSA telah ditolak kerana pada SIJIL PENGESAHAN BAHASA dibahagian ilustrasi/gambar tidak terdapat gambar yang telah saya upload ketika membuat permohonan pada DBP. Diharap pihak DBP dapat membantu saya dalam mencetak gambar pada SIJIL PENGESAH BAHASA ini. terima kasih. | Sila hantar semula permohonan dan lampirkan visual selepas "Teks dalam permohonan". Dalam Butiran Permohonan, terdapat "Teks dalam permohonan" kemudian terdapat perkataan "Lampiran" (Lampirkan visual di sini ) | Lain-lain | 05.10.2015 |
Assalamualaikum wr.wb Salam sejahtera puan-tuan. Saya mengalami kesukaran dalam translate English ke bahasa melayu. Boleh kah saya minta tolong untuk mengubah bahasa english ke dalam bahasa melayu dengan benar? file telah saya upload bersamaan dengan persoalan ini. Terimakasih untuk bantuannya | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Tatabahasa | 23.12.2013 |