| Mohon dapat terjemahkan ayat ini: 1 - a one time processing fee is payable upon first disbursement of the facility. This fee is to be debited to the financing account. 2 - applicable for non malaysian only and not applicable to spouse of Malaysia in a joint apllication. 3 - You/Security Party will maintain such takaful or insurance as in respect of the property against all risk from such takaful operator or insurance companies acceptable to the bank | Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemaknya. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2018 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "cancellation" dan "revocation" bagi ayat berikut: "The card has to be returned upon cancellation, revocation or suspension by the Bank."? Terima kasih. | Kami mencadangkan perkataan “cancel” diterjemahkan sebagai “batal”, manakala “revoke” diterjemahkan sebagai “mansuh”. Terjemahan yang sesuai bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Kad perlu dikembalikan sekiranya pihak bank telah membatalkan, memansuhkan atau menangguhkan penggunaannya”. | Istilah | 12.05.2020 |
| HI, I have written a book on The surgical manual of common otological implants. and i would like to register with Dewan pustaka and negara with ISBN number. Please advise me how to go upon with it. Thanks. | Sila berhubung terus dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk urusan yang tersebut. | Lain-lain | 11.05.2014 |
| Perkataan yang betul ialah "diperbaharu" atau "diperbaharui". Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini- 360C. (7) The licence to operate a water-vending machine shall be valid for a period of two years from the date of issuance and may be renewed by the Director upon application made by the licensee together with the renewal fee of one hundred and fifty ringgit. (7) Lesen untuk mengendalikan mesin jual air adalah sah bagi tempoh dua tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh diperbaharui melalui permohonan kepada Pengarah oleh pemegang lesen bersama dengan fi untuk pembaharuan lesen sebanyak satu ratus lima puluh ringgit. | Perkataan yang betul ialah diperbaharu atau dibaharui. | Ejaan | 18.07.2021 |
| Salam sejahtera. Saya mahu minta bantuan daripada pihak pentadbir DBP untuk berikan maksud dan terjemahan perkataan "luggage-less" seperti ayat di bawah. Adakah sesuai jika diterjemahkan menjadi "bagasi kurang", "tiada barangan" atau "bagasi yang ringan"? "Hitler’s sister-in-law describes him as completely wasted upon his arrival at her Liverpool home luggage-less." | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "luggage-less" ialah Tanpa bagasi. | Lain-lain | 28.04.2021 |
| Salam. Mohon bantu beri terjemahan bagi perkataan berikut, "Actor-Network Theory" dan "Sociomateriality" Actor-Network Theory has its own epistemological and ontological position, in essence considering the world as consisting of networks. These networks can include humans, things, ideas, concepts - all of which are referred to as “actors” in the network. Sociomateriality is a theory built upon the intersection of technology, work and organization, that attempts to understand "the constitutive entanglement of the social and the material in everyday organizational life | Cadangan terjemahan bagi "Actor-Network Theory" ialah teori rangkaian pelakon (ANT) manakala "Sociomateriality" ialah sosiokematanan | Makna | 22.08.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia. | Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut: 1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia. 2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia. | Istilah | 18.07.2021 |
| Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "on the cases or coverings“ dalam konteks ayat di bawah: 3. After receiving the goods into his charge, the carrier, or the master or agent of the carrier, shall, on demand of the shipper, issue to the shipper a bill of lading showing among other things— (a) the leading marks necessary for identification of the goods as the same are furnished in writing by the shipper before the loading of such goods starts, provided such marks are stamped or otherwise shown clearly upon the goods if uncovered, or on the cases or coverings in which such goods are contained, in such a manner as should ordinarily remain legible until the end of the voyage; Sama ada boleh diterjemah “on the cases” sebagai "bekas" dan “covering” sebagai “penutup” ? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "on the cases or coverings“ mengikut konteks ayat ialah pada kotak atau penutup | Makna | 24.09.2021 |
| Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “against the issue” dalam konteks ayat di bawah: 7. After the goods are loaded the bill of lading to be issued by the carrier, master or agent of the carrier, to the shipper shall, if the shipper so demands, be a “shipped” bill of lading, provided that if the shipper shall have previously taken up any document of title to such goods, he shall surrender the same as against the issue of the “shipped” bill of lading, but at the option of the carrier such document of title may be noted at the port of shipment by the carrier, master, or agent with the name or names of the ship or ships upon which the goods have been shipped and the date or dates of shipment, and when so noted the same shall for the purpose of this Article be deemed to constitute a “shipped” bill of lading. Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, terdapat 13 makna bagi perkataan “against“ yang berbeza mengikut konsep dan konteks. Hasil terjemahan yang baik memerlukan penterjemah dan penyemak memahami keseluruhan bidang dan laras teks terjemahan tersebut. Puan dicadangkan untuk menterjemahkan dahulu keseluruhan teks ini kepada bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan cadangan padanan yang tepat bagi frasa yang diberikan. Puan juga boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2021 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih. | Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut. | Istilah | 05.05.2020 |