Salam sejahtera, Adakah perkataan "transaksi" atau "urus niaga" yang sesuai digunakan sebagai terjemahan "transaction" dalam sebuah aplikasi telefon pintar? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan transaksi dan urus niaga digunakan dalam bidang teknologi maklumat termasuklah dalam sebuah aplikasi telefon pintar. Namun begitu, perkataan urus niaga lebih kerap digunakan. | Istilah | 13.02.2019 |
urusniaga --> urus niaga, kuatkuasa --> kuat kuasa, menggunapakai --> mengguna pakai | urus niaga, kuat kuasa, mengguna pakai | Tatabahasa | 10.07.2008 |
Adakah betul cara penulisan perkataan tersebut? 1. siaraya 2. atur cara 3. urusetia 4. urus niaga | Ejaan yang betul ialah siar raya, atur cara, urus setia dan urus niaga. | Ejaan | 29.08.2007 |
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustaka | Perbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam. | Makna | 22.11.2010 |
Salam. Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk menyemak ayat di bawah sebelum ianya digunakan secara rasmi di Pejabat ini: PEMAKLUMAN PENTING PREMIS TANPA TUNAI! Sebarang urusniaga tunai dianggap RASUAH. Sekian, terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah: PEMAKLUMAN PENTING PREMIS URUS NIAGA TANPA TUNAI. Sebarang urus niaga tunai dianggap RASUAH.
| Lain-lain | 09.10.2013 |
Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Assalamualaikum, Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan. Terima kasih. | Istilah | 30.12.2017 |
arm's length - arm's length transaction | selangan - contoh urus niaga selangan | Lain-lain | 11.04.2007 |
Definasi kaunter bersepadu | Satu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematik | Makna | 10.05.2005 |
Salam, saya ingin tanya bagaimanakah kata majmuk dibentuk. Misalnya, bagaimanakah pihak DBP menentukan ‘pisang goreng’ dan bukan ‘goreng pisang’, atau ‘tadbir urus’ dan bukan ‘urus tadbir’, sama juga ‘urus niaga’ dan bukan ‘niaga urus’. Mohon dapat berikan pencerahan. Terima kasih! | Binaan frasa nama ini tertakluk pada Hukum D-M, iaitu diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam hal ini unsur yang diterangkan ialah unsur inti, iaitu pisang dan hadir pada kedudukan pertama, dan unsur yang menerangkan menjadi penerang dan hadir pada kedudukan kedua, goreng. Begitulah juga dengan binaan frasa nama yang lain. | Tatabahasa | 08.02.2019 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "microtransaction"? Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan terjemahan untuk "microtransaction" sebagai urus niaga mikro. | Makna | 01.05.2020 |