| 1. Apakah beza antara 'jangan' dengan 'usah'? 2. Apakah beza antara 'sila' dengan 'jemput'? 3. Apakah beza antara 'harap' dengan 'tolong'? | 1. Kata usah membawa beberapa maksud antaranya jangan. Oleh itu, jangan dan usah sama sahaja maksudnya. 2. Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat. 3. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. Untuk lebih memahami perkatan ini dan perkataan yang lain juga sila rujuk Kamus atau layari laman web DBP di <a href="http://www.prpm.dbp.gov.my/">www.prpm.dbp.gov.mya>. | Tatabahasa | 16.12.2010 |
| "Awak tidak perlu berasa sedih." Apakah jenis ayat bagi ayat ini, ayat penyata atau ayat perintah? Terima kasih. | Awak tidak perlu berasa sedih. Ayat ini ayat larangan sama seperti ayat "Awak tak usah datang lagi", buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 450. | Tatabahasa | 23.03.2022 |
| Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |
| Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. | Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |
| Selamat sejahtera, Tuan. Saya mahu bertanya. Adakah perkataan "tolong" dan "jangan" tak boleh digunakan bersama-sama? Contoh ayat, "tolong jangan tinggalkan saya." Situasi ini lebih kepada merayu dan sedih, jadi saya merasakan lebih sesuai jika menggunakan perkataan "tolong" juga. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan jangan tergolong dalam kata larangan yang digunakan di dalam ayat larangan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Perkataan tolong pula tergolong dalam kata permintaan yang digunakan dalam ayat permintaan. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan tinggalkan saya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 18.04.2018 |
| Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih. | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut. 1. AYAT SURUHAN Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan. Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini! 2. AYAT LARANGAN Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya: Jangan ambil harta orang. 3. AYAT SILAAN Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut: Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat. 4. AYAT PERMINTAAN Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang. Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah: Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 08.03.2016 |