ejaan yang betul usahasama atau usaha sama | Ejaan yang betul ialah usaha sama. | Ejaan | 20.07.2012 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "usaha sama" dengan "kerjasama"? Terima kasih | Usaha sama membawa maksud perusahaan (kegiatan, peng-hasilan, perniagaan, dll) yg diusahakan ber-sama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dll) sbg suatu perkongsian. Manakala, kerjasama membawa maksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama. kerjasama merupakan kata nama bagi padanan bahasa Inggeris "collaboration". Manakala, usaha sama kata adjektif bagi padanan "collaborative"
| Makna | 29.04.2015 |
Saya ingin bertanyakan istilah 'usaha sama'. Saya dapati ada ejaan 'usahasama' dan 'usahasama' dalam PRPM. Bolehkah tuan/puan terangkan apa makna setiap satunya dan apakah bezanya? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 'usaha sama' dua perkataan yang membawa makna perusahaan (perniagaan dsb) yang diusahakan oleh dua atau beberapa orang pengusaha dengan berkongsi modal dan sebagainya. Dalam istilah sememangnya ada ejaan usahasama satu perkataan tetapi data tersebut merupakan data lama yang belum lagi dikemas kini. | Ejaan | 05.10.2019 |
joint-venture | usaha sama | Makna | 16.04.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "competing JVs" sesuai diterjemahkan kepada "JV bersaing" atau "JV-JV bersaing"? "JV"(Join venture) yang dimaksudkan adalah "usaha sama". Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Frasa "competing JVs" ialah ungkapan umum dan bukannya istilah. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pengguna mencari padanan yang sesuai bagi istilah yang belum ada dalam bahasa Melayu. Frasa yang lebih tepat ialah persaingan usaha sama. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2018 |
APAKAH BEZA PERKATAAN KOLABORASI DAN KOLABORATIF | Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. | Makna | 25.11.2015 |
apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama | Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. | Makna | 18.04.2013 |
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. | Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. | Tatabahasa | 31.03.2015 |
apakah maksud sinergi? | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksudĀ tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 22.02.2013 |
maksud memorandum? | Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. | Makna | 29.09.2007 |