Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usahanya

Peribahasa

Orang penggamang mati jatuh,
     orang pendingin mati hanyut.

Bermaksud :

Siapa yang tidak mempunyai keberanian, akan gagallah usahanya. gamang = berasa takut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat yang betul? (a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. (b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. Jika ayat tersebut mempunyai kesalahan, minta berikan penjelasan. Terima kasih.

(a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen pakaian yang terbaru. Fesyen-fesyen sudah menunjukkan banyak, oleh itu, tidak perlu digandakan.

(b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung pada usahanya sendiri. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275.

Tatabahasa07.03.2010
maksud penuh 'plagiarism'Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna19.02.2009
1) Apakah perbezaan memperhebat dan memperhebatkan?Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan dan mengapa? -Pasukan SK Ali __________ latihan bola sepak bagi menghadapi pertandingan tersebut. 2)Apakah perbezaan memperoleh dan memperolehi? Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan dan mengapa? Dina _______________kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.1. Pasukan SK AliĀ memperhebat latihan bola sepak bagi menghadapi pertandingan tersebut.
2. Dina memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.
Perkataan yang betul ialah memperhebat dan memperoleh, tidak ada perkataan memperhebatkan dan memperolehi dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa16.08.2012
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Pemuda itu (membuka) tunang dengan gadis yang cantik itu. (b) Majlis hari jadi saya (dibukakan) secara sederhana tetapi meriah. (c) Wang itu ialah wang yang (benar) kerana diperoleh dengan hasil usahanya. (d) Air dalam sungai itu semakin (haus) kerana sudah beberapa minggu tidak berhujan. (e) Kereta itu berjalan dengan (elok) kerana enjinnya masih baharu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar seperti permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui ayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.
Lain-lain08.12.2015
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IVJawapan A. I sahaja yang tepat.Tatabahasa08.03.2010
assalamualaikum w.bt. saya ingin membuat pertanyaan mengenai definisi penuh maksud 'plagiarism' bagi tujuan assignment. Terima kasih.Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna18.02.2009
Saya berjanji "pada", "kepada", "dengan" atau "terhadap" dia? Mohon berikan contoh untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih.Salam sejahtera,

"Pada", "kepada", "dengan" dan "terhadap" merupakan kata sendi.

1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkanketerangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.

3. Kata sendi "dengan" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh: (i) Ayah pergi ke pecan dengan ibu.  (ii) Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.

4. Kata sendi "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.
Contoh: (I) Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. (ii) Air bersifat lengai terhadap logam adi.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.10.2017

Kembali ke atas