Salam, Kami di Seksyen Pembangunan Perniagaan & Pemasaran, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mempunyai sebuah ruang pameran produk usahawan IKS yang diberi nama Galeri SDSI. Kini, kami ingin menukar nama galeri berkenaan kepada GALERI USAHAWAN atau GALERIA USAHAWAN. Mohon nasihat bagi penggunaan perkataan yang betul GALERI atau GALERIA. Sekian, terima kasih | Sdr. Zalazfian, Dalam Kamus Dewan hanya terdapat perkataan galeri yang membawa makna bangunan atau bilik tempat mempamerkan sesuatu hasil dan tidak pula terdapat perkataan galeria. Jadi kami mencadangkan perkataan galeri digunakan. GALERI USAHAWAN | Makna | 31.05.2010 |
Mohon sahkan penggunaan bahasa ini dan sekiranya salah mohon perbetulkan: 1. Program Agropreneur Muda 2. Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016 4. Anugerah Usahawan Agrobank Cemerlang 2016 Terima Kasih | Penggunaan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Program Usahawan Tani Muda 2. Anugerah Usahawan Tani Agrobank 2016 3. Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2016
| Istilah | 07.04.2016 |
Kebelakangan ini, guru sekolah saya telah mengikuti kursus Bahasa Melayu. Pensyarah kursus mengatakan bahawa: 1. Bapa Ali ialah seorang usahawan. ( Salah ) 2. Bapa Ali ialah usahawan. ( Betul ) 3. Bapa Ali seorang usahawan. ( Betul ) ** " ialah seorang" tidak boleh digunakan bersama. Adakah itu benar? | Perkataan ialah boleh digunakan bersama dengan seorang. Harap saudara dapat meminta penjelasan daripada pihak yang memberikan kursus tersebut. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Festival Usahawan Merdeka 2014 | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.07.2014 |
usahawan wanita atau usahawanita | usahawan wanita | Istilah | 01.08.2011 |
Mohon unruk rujukan dan Pembetulan "USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERKHIDMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI" | USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERHEMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI | Lain-lain | 18.03.2019 |
INGIN MENGETAHUI MAKNA 'USAHAWAN' MENGIKUT TAKRIF DBP & PENGUNAAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau dikenali juga sebagai pengusaha. Berhubung penggunaannya dalam dunia perniagaan, saudara hendaklah merujuk buku-buku berkenaan bidang perniagaan. | Makna | 10.08.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahaja | Menurut kamus Dewan, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan. | Makna | 02.05.2019 |
Apakah maksud/definisi social enterprise? Rujuk kamus maksudnya usaha sosial. Apakah takrifan tersebut sesuai? atau adakah ia lebih sesuai dikatakan usahawan sosial dan apakah definisi/takrifan usahawan sosial? | Social enterprise boleh diberikan padanan perniagaan sosial; perusahaan sosial atau syarikat sosial, manakala social enterpreneur pula ialah usahawan sosial. Melalui carian kami di internet, perniagaan sosial/perusahaan sosial/ perusahaan sosial ialah perniagaan yang dimiliki oleh NGO yang kebiasaannya terlibat secara langsung dalam pengeluaran atau menjual produk dan perkhidmatan untuk tujuan menjana pendapatan dan mencapai matlamat sosial, budaya dan /atau alam sekitar. | Makna | 26.01.2015 |
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan. | Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia). | Makna | 13.02.2007 |