(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk kategori pengguna telefon bimbit dalam konteks ayat berikut : We established four categories of users; casual user, regular user, at-risk user and problematic user. (2) Adakah betul konteks penggunaan perkataan bagi kategori pengguna telefon bimbit iaitu 'pengguna sekali sekala, pengguna biasa, pengguna berisiko dan pengguna bermasalah'? | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris seperti cadangan di bawah: Casual user: Pengguna biasa Regular user:Pengguna tetap At-risk user:Pengguna berisiko Problematic user:Pengguna bermasalah Wala bagaimanapun, cadangan perkataan bergantung kepada kesesuaian ayat dan konteks penggunaan. | Makna | 03.07.2020 |
user id i sekarang tidak boleh membuat permohonan baru. ada kah perubahan di profile saya? sila email i : jackycheng_ce@yahoo.com | Tuan, Sistem yang tuan guna ini ialah sistem Khidmat Nasihat Bahasa untuk pertanyaan bahasa dan sastera, sekiranya tuan ingin mengesahkan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479691/9400/9100/9300. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.06.2017 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk istilah berikut: a) user-pay - konteks ayat: projek lebuh raya berkonsep 'user-pay' - pengguna lebuh raya yang akan menyumbang kepada hasil kutipan pengendali lebuh raya. b) more interconnected - konteks ayat: keadaan ekonomi dan hubungan dagangan dunia Sekian, terima kasih. | Istilah user-pay dan more interconnected masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan bagi terjemahan user-pay ialah bayaran pengguna manakala more interconnected pula ialah saling berkait atau saling berhubung. | Istilah | 12.10.2018 |
Assalamualaikum.. Saya sedang menulis tesis phD Multimedia berkenaan antara muka = user interface dan saya pohon tuan mncadangkan istilah bahasa melayu DBP untuk NATURAL USER INTERFACE yang digunakan dalam teknologi multimedia memandangkan istilah ini tiada dalam carian kata web ini | Kami mencadangkan natural user interface diterjemahkan kepada antara muka pengguna lazim, walau bagaimanpun jika cadangan kami ini kurang tepat mohon kerjasama tuan mengemukakan konteks penggunaan perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2014 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - "A user interface that presents a dialogue box to lead the user through a sequence of small steps" Bolehkah perkataan "Wizard" diterjemahkan sebagai "kotak bestari?" | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Istilah | 04.11.2022 |
Terjemah sesuai bagi "Skeuomorphism". Skeuomorphism is a term most often used in graphical user interface design to describe interface objects that mimic their real-world counterparts in how they appear and/or how the user can interact with them. (Teknologi) | Cadangan padanan bagi istilah skeuomorphism dalam bahasa Melayu ialah skeuomorfisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.03.2025 |
Adakah End User License Agreement atau EULA yang digunakan di setiap penggunaan aplikasi telefon pintar perlu diterjemah? Contoh ayat: Penggunaan perkhidmatan kami atau ABC ONLINE dikawal oleh panduan ini yang menjadi tambahan kepada EULA ABC ONLINE yang boleh dibaca di sini. | Frasa tersebut perlu diterjemahkan. Padanan terjemahan yang sesuai ialah Perjanjian Lesen Pengguna Akhir [End User License Agreement (EULA)] bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2024 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - Bolehkah diterjemahkan sebagai "kotak bestari?" | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Makna | 04.11.2022 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai bagi perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat di mana "Wizard" merujuk kepada :- | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Makna | 04.11.2022 |
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Dalam bidang teknologi maklumat, istilah "handle" atau "user handle" hampir serupa maknanya dengan nama pengguna, tetapi tidak selalunya bermakna perkara yang sama. Hal ini adalah kerana nama pengguna dimaksudkan untuk bersifat peribadi dan digunakan bersama dengan kata laluan untuk log masuk. "Handle", sebaliknya, ialah nama pengguna awam yang boleh digunakan untuk mengenal pasti orang dalam talian cth. pengguna Twitter menggunakan "handle". Apakah terjemahan yang sesuai untuk "handle" dalam konteks ini? | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: handle - nama pengguna umum, nama pengguna user handle - pemegang/pemilik nama pengguna Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.07.2021 |