Apakah terjemahan "dash" dan "hyphen" ? Dalam bahasa Inggeris ada perbezaan antara kedua-duanya. | Terjemahan bagi dash dan hyphen ialah tanda sempang/sengkang. Dalam bahasa Melayu yang berbeza ialah (tanda) sempang/sengkang dan tanda pisah. Sengkang ialah tanda garis melintang yang lebih pendek daripada tanda pisah yang terdapat dalam kata ganda, untuk menghubungkan angka tahun dengan akhiran -an dsb, misalnya dalam perkataan usik-mengusik dan 1990-an; Kata sinonimnya ialah sempang; tanda sempang; tanda sengkang; Tanda pisah ialah tanda (–) yang panjangnya satu en yg digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea, aliran fikiran penulis dsb, atau menggantikan perkataan hingga. Contoh penggunaannya ialah: 1. Novel yang dibacanya itu meninggalkan pelbagai kesan pd dirinya – sedih, gembira, marah, kesal. 2. Jun – Oktober; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca. | Lain-lain | 10.09.2023 |
Adakah istilah "mengorat" akan dimasukkan ke dalam kamus Bahasa Malaysia? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "mengurat" yang bermaksud mengusik-usik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan. Contoh ayat: Buruh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul mengurat Rokiah. | Makna | 19.11.2021 |