Apa sapaan bagi Dr Polan Bin Polan, dan Ustaz Polan Bin Polan dalam penulisan laporan/minit? Terima kasih. | Sapaan bagi Dr. dan Ustaz dalam penulisan minit mesyuarat ialah Dr diikuti dengan nama contohnya, Dr. Abdul Rahman bin Napiah dan Ustaz pula, contohnya Ustaz Abdullah bin Khairi atau Encik Abdullah bin Khairi. | Lain-lain | 14.12.2017 |
bolehkah penggunaan perkataan ngaji atau perkataan mengaji lebih betul penggunaan bahasanya.contohnya ngaji bersama ustaz Ali atau mengaji bersama ustaz Ali | Kedua-dua perkataan itu boleh digunakan tetapi dalam konteks yang berlainan. "Ngaji" digunakan dalam dialog seperti dalam cerpen atau novel. Contoh: "Dah lama saya tak ngaji dengan Ustaz Ali". Dalam penulisan rasmi atau penulisan ilmiah, atau penulisan ayat biasa, perkataan yang lebih tepat ialah "mengaji". Contoh: Pelajar itu sedang mengaji al-Quran dengan dengan Ustaz Ali. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Salam sejahtera. saya ingin tahu bagaimana menulis singkatan bagi perkataan berikut ; 1.ustaz 2.ustazah 3.cikgu Sekian terima kasih | Singkatan ejaan bagi ustaz dan ustazah ialah us .dan utzh., manakala cikgu lazimnya ditulis penuh. | Ejaan | 07.08.2015 |
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com. | Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 03.09.2015 |
Salam, saya sedang membuat buku kerja BM Tahun 4 yang terbaharu. Apakah contoh kata nama khas gelaran dan panggilan yang boleh disenaraikan?Adakah gelaran dan panggilan seperti putera, puteri, ustaz, ustazah, haji, hajah, sultan/raja, permaisuri/ratu, saudara, saudari sesuai digunakan? Terima kasih. | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Untuk makluman puan, putera, puteru, ustaz, ustazah dan sebagainya yang dinyatakan bukan terdiri daripada kata nama khas tetapi nama gelaran dan panggilan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 97. | Tatabahasa | 21.11.2013 |
Puan, Salam sejahtera. Sila semak penggunaan "tanda" dan "susah senangnya" dalam ayat-ayat yang berikut : "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. Ribuan terima kasih. | "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera | Tatabahasa | 14.01.2013 |
Nik Mohd Syamim MatYusoff Sep 3rd, 3:42pm Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com. | Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 03.09.2015 |
Istilah Ustad mengikut Kamus Dewan | Merujuk Kamus Dewan tiada istilah ustad. Mungkin perkataan tersebut salah dieja. Ejaan yang betulnya ialah ustaz yang bermaksud guru agama (lelaki). | Makna | 06.11.2008 |
Saya ingin tumpang tanya jika perkataan, "asatizah" wujud dalam Bahasa Melayu dan jika wujud, apakah maksud perkataan tersebut. | Perkataan tersebut berasal daripada istilah bahasa Arab. Ia merupakan kata jamak bagi perkataan ustaz dan ustazah. | Istilah | 21.08.2006 |
Ahmad Faisal Abd Rahman SUN 18:07 Ahmad Faisal Abd Rahman Ahmad Faisal Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah pihak tuan ada menyediakan perkhidmatan belian buku secara pos/online? Saya berminat untuk membeli karya2 arwah guru saya; ustaz azman al-kurauwi. Terima kasih atas perhatian dari pihak tuan | Waalaikumussalam. Encik boleh menghubungi Bahagian Pemasaran melalui talian 0341012328 | Lain-lain | 04.12.2016 |