Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : fikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamulaikum. Apakah (i) ejaan yang betul (ii) makna, dan (iii) asal-usul perkataan "chan" seperti dalam ayat ini: "Saya takkan bagi chan kat orang macam tu"? Adakah daripada perkataan bahasa Inggeris, "chance"? Terima kasih.Untuk makluman saudari, perkataan "chan" tiada dalam data kami. Perkataan tersebut tidak diterima dalam bahasa Melayu. Perkataan "Chan" merupakan bahasa percakapan bagi perkataan Inggeris seperti saudari maksudkan. Berdasarkan ayat yang saudari nyatakan, penggunaan bahasa rojak dan jelas sekali ejaan bahasa Inggeris yang tidak tepat. Ini melambangkan pengguna bahasa tersebut tidak memiliki jati diri dan merendahkan martabat bahasa Melayu. Perkataan "chance" yang dimaksudkan mempunyai istilah bahasa Melayu iaitu peluang. Harap maklum.Tatabahasa22.04.2013
APA MAKNA CIKAL BAKAL?TIADA DALAM KAMUS DEWAN. DALAM WIKIPEDIA DAN KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA ERTINYA (i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA (ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARAMakna15.04.2011
Apakah maksud : 1. Konservatif 2.Salafi. 3.Khalaf Boleh berikan contoh ayat untuk pemahaman(i) Konservatif = bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yang telah menjadi tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Ayat : Usul supaya sistem pendidikan diubah telah ditentang oleh pihak konservatif. (ii) Salafi = ulama yang hidup pada masa tiga abad pertama Hijrah. Ayat : Ulama salafi ... (iii) Khalaf = ulama yang hidup selepas tiga abad pertama Hijrah.Makna14.10.2006
Salam hormat. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'CIKAL BAKAL" di dalam ayat Bahasa Melayu, memandangkan perkataan CIKAL BAKAL tiada di dalam kamus Dewan Bahasa. Adakah perkataan CIKAL BAKAL wujud di dalam kesusteraan Bahasa Melayu? Mohon nasihat tuan dalam hal ini. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Empat.

Dalam Wikipedia dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Cikal Bakal bermaksud
 i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR
 CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA
(ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARA.

Tatabahasa08.10.2012

Kembali ke atas