| Assalamulaikum. Apakah (i) ejaan yang betul (ii) makna, dan (iii) asal-usul perkataan "chan" seperti dalam ayat ini: "Saya takkan bagi chan kat orang macam tu"? Adakah daripada perkataan bahasa Inggeris, "chance"? Terima kasih. | Untuk makluman saudari, perkataan "chan" tiada dalam data kami. Perkataan tersebut tidak diterima dalam bahasa Melayu. Perkataan "Chan" merupakan bahasa percakapan bagi perkataan Inggeris seperti saudari maksudkan. Berdasarkan ayat yang saudari nyatakan, penggunaan bahasa rojak dan jelas sekali ejaan bahasa Inggeris yang tidak tepat. Ini melambangkan pengguna bahasa tersebut tidak memiliki jati diri dan merendahkan martabat bahasa Melayu. Perkataan "chance" yang dimaksudkan mempunyai istilah bahasa Melayu iaitu peluang. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
| Apakah maksud : 1. Konservatif 2.Salafi. 3.Khalaf Boleh berikan contoh ayat untuk pemahaman | (i) Konservatif = bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yang telah menjadi tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Ayat : Usul supaya sistem pendidikan diubah telah ditentang oleh pihak konservatif. (ii) Salafi = ulama yang hidup pada masa tiga abad pertama Hijrah. Ayat : Ulama salafi ... (iii) Khalaf = ulama yang hidup selepas tiga abad pertama Hijrah. | Makna | 14.10.2006 |