Slm, 1) kutub utara dan kutub selatan dalam huruf besar@kecil? 2)Lingkaran Kutub Utara (betul ke huruf besar)? tq | Salam Sejahtera. 1. Perkataan kutub utara dan kutub selatan, dieja dengan huruf kecil. 2. Perkataan "Lingkaran kutub utara" - jika permulaan ayat, L huruf besar. Begitulah sebaliknya. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
Salam sejahtera, nak tanya tentang ayat-ayat berikut adakah betul. 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. (atau Jangan bimbang, semua akan baik-baik belaka.) 2. Petang masih terdapat sebuah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang Utara. (Adakah Utara kata nama khas, perlu huruf besar?) 4. Dia datang dari Utara. Terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul: 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. 2. Pada waktu petang masih terdapat pertandingan congkak. (Masukkan nama pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang utara 4. Dia datang dari utara | Tatabahasa | 24.06.2019 |
bagaimanakah kaedah untuk mengeja perkataan dalam loghat utara yang mengandungi huruf 'r' dalam sukukatanya ? contoh : UTARA .. adakah 'utagha' atau 'utaqa' ? | Untuk makluman, DBP hanya mempunyai kaedah mengeja dalam bahasa Melayu yang standard sahaja. Tidak ada kaedah untuk mengeja perkataan dalam loghat utara atau daerah dan negeri yang lain.
| Tatabahasa | 23.07.2020 |
Yang mana satukah betul setelah diterjemah? West Luzon -> Luzon Barat/ Barat Luzon Northern Sumatra-Andaman-> Utara Sumatra-Andaman / Sumatra-Andaman Utara | Salam sejahtera, Tuan, West Luzon diterjemahkan sebagai Luzon Barat Northen Sumatra-Andaman diterjemahkan sebagai Sumatra-Andaman Utara Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.08.2017 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik b) Pantai Sendai c) loji kuasa nuklear Higashidori d) pantai utara Jepun. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Adakah perkataan 'majlis' perlu dicatatkan dalam sesuatu program? Contohnya: 'Majlis Penutupan Dialog Utara'. Ataupun memadai dengan 'Penutupan Dialog Utara'? | Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmian bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis. | Lain-lain | 28.08.2017 |
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun ini | Saya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.01.2009 |
Penggunaan ayat 'Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri dari/daripada Universiti Utara Malaysia? Terima kasih. | Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri daripada Universiti Utara Malaysia. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'di' dan 'ke' dalam ayat berikut: 1) Cahaya matahari yang sampai 'di' hemisfera utara sangat panas. 2) Cahaya matahari yang sampai 'ke' hemisfera utara sangat panas. Mengikut entri khidmat nasihat sebelum ini, terdapat jawapan yang menyatakan bahawa penggunaan 'di' adalah tepat. Namun, ada juga entri yang menyatakan bahawa penggunaan 'ke' adalah yang tepat. Ada juga yang menyatakan kedua-duanya boleh digunakan. Apakah jawapan yang paling tepat dan apakah sebabnya? | Kedua-dua boleh digunakan kerana "di" dan "ke" digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 26.11.2015 |
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. PADA 27/3/2008 SAYA ADA BERTANYA TENTANG KURSUS PENULISAN DI KAWASAN UTARA TETAPI SEHINGGA SEKARANG MASIH BELUM ADA SEBARANG KURSUS YANG DIJALANKAN. BOLEH SAYA TAHU MASALAHNYA. | Saudara boleh menghubungi pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Puan Khairul Anum, no. tel.04-577241 atau e-mel anum@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2008 |