Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tih] | اوتيه

Definisi : 1. Ph panggilan utk anak yg keempat; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg keenam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata utih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bagaimanakah dengan ayat berikut, adakah perlu dibuat pembetulan. Pak Utih dan anaknya sedang menyekat ruang tamu rumahnya menjadi dua buah bilik lagi menyambut kepulangan anaknya.Ayat ini boleh dibaiki supaya menjadi lebih sempurna struktur dan maknanya seperti yang berkut: Pak Utih dan anaknya sedang menyekat ruang tamu rumahnya supaya menjadi dua buah bilik lagi untuk menyambut kepulangan anaknya. Tatabahasa24.07.2008
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
gelaran untuk anak keempat dan anak kelima dalam keluargaGelaran untuk anak keempat dan anak kelima bergantung pada negeri masing-masing, contohnya Utih panggilan bagi anak keempat bagi negeri Pahang tetapi bagi negeri Perak panggilan untuk anak keenam. Ada juga yang memanggil anak keempat sebagai andak.Lain-lain14.05.2007
Apakah gelaran dalam keluarga yang digunakan pakai dalam masyarakat Melayu, contohnya: selepas anak, cucu, cicit dan seterusnya. Begitu juga dengan selepas ayah dan ibu, datuk dan nenek, kemudian, moyang, dan seterusnya. Ini kerana saya mendapat tahu pelbagai gelaran yang saya sendiri tidak pernah dengar atau tahu sebelum ini seperti selepas cicit, ciut, ciat, dan pelagai lagi. Adakah semua gelaran ini direkod dan disahkan atau sekadar panggilan mengikut negeri atau daerah sahaja...? terima kasih..Dalam masyarakat Melayu peringkat keturunan masih sama seperti anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya cuma kita jarang melihat kepada keturunan yang sudah jauh seperti piut-miut dan piat-piut. Yang berbeza ialah gelarang seperti long, ngah, ude, utih, alang dan sebagainya. Perbezaan ini ada direkodkan dalam buku/makalah yang berkaitan dengan budaya.Istilah11.01.2012

Kembali ke atas