Saya ingin mendapat khidmat nasihat untuk menterjemahkan tajuk “vegan and organic shop” ke Bahasa Melayu. Setahu saya tidak ada perkataan ‘vegan’ dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya gunakan ‘Kedai vegan dan organik”. Mohon nasihat tuan. Terima kasih. | Cadangan kami, Kedai Produk Sayur-sayuran dan Organik. Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 31.05.2019 |
Saya mengkaji perkataan 'vegan' dan mendapati bahawa tiada perkataan Bahasa Melayu yang rasmi untuk istilah tersebut. Jika diperinci di bahagian Khidmat Nasihat, saya mendapati perkataan 'kedai vegan' digantikan kepada kedai produk sayur-sayuran. Saya mendapati perkataan tersebut terlalu awam. Contoh, jika sebuah restoran ingin memasang iklan, adakah orang awam akan faham jika mereka menggunakan 'Restoran Produk Sayur-sayuran' ? Lebih baik jika perkataan baharu dicipta untuk terjemahan 'vegan' dan 'vegetarian'. | Menurut Kamus Dewan Perdana, “vegan” bermaksud orang yang hanya makan hasil tumbuhan dan langsung tidak memakan daging, makanan laut, telur termasuk produk tenusu, biasanya atas sebab keagamaan atau kesihatan. Manakala “vegetarian” pula ialah orang yang tidak makan daging dan ikan, biasanya atas sebab keagamaan dan kesihatan. Dalam paparan awam seperti iklan, perkataan “vegetarian” boleh digunakan. Sehubungan dengan itu, untuk keterangan aktiviti perniagaan dalam paparan iklan, sama ada “Kedai Produk Vegetarian” atau “Kedai Produk Sayur-sayuran”, kedua-duanya boleh digunakan. | Istilah | 01.03.2022 |
Jika pemayur adalah padanan bagi istilah vegetarian, bagaimana pula pescatarian (hanya makan hasil laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sayur-sayuran darat tanpa ayam/daging), pollotarian (mendapatkan sumber protein haiwan daripada ayam sahaja bukan daging atau ikan) dan vegan (seseorang yang tidak makan atau menggunakan apa - apa yang dihasilkan daripada haiwan misalnya belulang untuk kasut kulit dan sebagainya). | Belum ada lagi padanan bagi perkataan pescatarian dan pollotarian. Dalam teks Bahasa Melayu kedua-dua perkataan ini dihuraikan berdasarkan konsep makna perkataan tersebut sepertimana vegan, huraiannya orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.
| Istilah | 13.03.2018 |