Adakah "vegetarian" juga digelar sebagai "vegetarian" dalam bahasa melayu ? | Vegetarian dalam bahasa Melayu sama ejaannya seperti bahasa Inggeris. | Istilah | 20.05.2009 |
Dalam kiriman Twitter DBP (12 Mac 2018,11:39 pagi) dikongsikan infografik istilah teknik dan vokasional di mana vegetarian dipadankan dengan vegetarian/pemayur. Apabila dicari dalam PRPM, istilah pemayur tiada, bolehkah saya gunakan pemayur dalam tulisan? | Pemayur ialah istilah baharu yang dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dan diuar-uarkan melalui saluran rasmi DBP seperti Facebook dan Twitter. Istilah ini boleh digunakan dalam wacana rasmi. | Istilah | 12.03.2018 |
Jika vegetarian dipadankan dengan pemayur, bolehkah vegetarianism dipadankan dengan faham pemayur atau pemayurisme? | Perkataan vegetarianism telah diterjemahkan kepada vegetarianisme.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
Mengapa 'pemayur' sudah tidak dipadankan pada entri 'vegetarian' dalam istilah bahasa Melayu PRPM? | Istilah "pemayur" masih terakam dalam bahasa Melayu dan diberi kata seerti dengan "vegetarian". | Istilah | 29.08.2019 |
Jika pemayur adalah padanan bagi istilah vegetarian, bagaimana pula pescatarian (hanya makan hasil laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sayur-sayuran darat tanpa ayam/daging), pollotarian (mendapatkan sumber protein haiwan daripada ayam sahaja bukan daging atau ikan) dan vegan (seseorang yang tidak makan atau menggunakan apa - apa yang dihasilkan daripada haiwan misalnya belulang untuk kasut kulit dan sebagainya). | Belum ada lagi padanan bagi perkataan pescatarian dan pollotarian. Dalam teks Bahasa Melayu kedua-dua perkataan ini dihuraikan berdasarkan konsep makna perkataan tersebut sepertimana vegan, huraiannya orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.
| Istilah | 13.03.2018 |
Mohon pendapat: Orang yang tidak makan makanan berdaging dipanggil Vegetarian, apakah panggilan kepada orang yang alahan kepada sesuatu bahan/makanan? Adakah orang itu dipanggil Alergen? Mohon bantuan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Alergen ialah bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan alahanan. Istilah yang sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah alahan adalah seperti berikut: Contoh Alahan Makanan Laut. | Istilah | 28.04.2016 |
Saya ingin tahu ape "vegeterian" dalam bahasa melayu? | Makna perkataan vegetarian ialah orang yang tidak makan daging, ikan dsb. tetapi hanya makan sayur-sayuran atas sebab peribadi, kepercayaan dll.. | Makna | 25.10.2008 |
Apa khabar, Memandangkan pemayur adalah istilah dan kosa kata baharu dalam Bahasa Melayu bagi padanan vegetarian, bolehkah saya tahu akan kaedah DBP membina istilah tersebut? Adakah DBP menggunakan perkataan mayur dalam sayur - mayur dengan awalan pe- atau adakah mayur merupakan singkatan makan sayur beranalogikan istilah lama karnivor (maging =makan daging), herbivor (maun= makan daun) dan omnivor (maserba = makan serba) dilekatkan awalan pe- menjadi pemayur iaitu pemakan sayur. | Untuk makluman tuan, istilah pemayur dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dengan kerjasama pakar bidang Teknologi Makanan. Tatacara pembinaan istilah telah diperhalusi oleh pakar bidang sebelum sesuatu keputusan dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarkan istilah yang telah dibina untuk kegunaan khalayak. Tanggungjawab kita sebagai pengguna ialah menyebarkan dan menggunakan istilah yang telah dibina. Walau bagaimanapun jika tuan bercadang untuk membuat kajian tentang pembentukan istilah bolehlah berhubung terus dengan bahagian yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. | Istilah | 13.03.2018 |