Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. car, bus, truck or similar wheeled transport, kenderaan: roads crammed with ~s of all sorts, jalan-jalan yg penuh sesak dgn segala macam kenderaan; motor ~, kenderaan bermotor; 2. means, alat: television, as a ~ for advertising, has been very successful, sbg alat utk mengiklan, televisyen sangat berjaya; language is a ~ of ideas, bahasa ialah alat menyampaikan idea. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vehicle


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pihak tuan mencadangkan perkataan Melayu untuk: MOBILE PATROL VEHICLE Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah khusus bahasa Melayu untuk "mobile patrol vehicle".  Walau bagaimanapun , istilah bahasa Melayu untuk "patrol vehicle" ialah kenderaan ronda.Istilah09.05.2013
SPECIAL PURPOSE VEHICLEENTITI KEGUNAAN KHASIstilah02.11.2010
Apakah terjemahan untuk " Special Purpose Vehicle Company" dalam bahasa Melayu. Terima Kasih

Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Special Purpose Vehicle dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan istilah bahasa Melayu untuk special purpose, iaitu kegunaan khusus, kegunaan khas dan tujuan khas.  Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Special Purpose Vehicle Company ialah Syarikat Kenderaan Kegunaan Khas atau Syarikat Kenderaan Kegunaan Khusus.

Istilah10.01.2012
Apakah padanan bagi istilah spacecraft, spaceplane dan space vehicle? Terima kasih.Untuk makluman istilah spacecraft dan space vehicle adalah sama. Padanan bahasa Melayu untuk kedua-dua istilah ini ialah pesawat angkasa atau kapal angkasa. Istilah spaceplane tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah25.09.2012
Salam, mohon cadangan terjemahan untuk off-road vehicle. Menurut jawapan dikemukakan sebelum ini, kenderaan luar jalan raya/selain jalan raya. Mungkin ada cadangan terjemahan lebih pendek? Terima kasih.Kami berpandangan terjemahan "kenderaan luar jalan raya" dan frasa tersebut tidak dapat diringkaskan untuk menjelaskan maksud off-road vehicle.Penyemakan dan penterjemahan24.07.2014
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk ungkapan bahasa inggeris berikut, all-terrain vehicle (ATV), amphibious vehicles, sports utility vehicles (SUV) dan motorcross? Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk amphibious vehicles ialah kenderaan amfibia atau kenderaan dua alam. Istilah untuk motorcross ialah lumba kereta lasak. Walau bagaimanapun, belum ada istilah khusus untuk all-terrain vehicles dan sports utility vehicle. Istilah ini akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah10.09.2012
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV?

Saudara Joseph,

Cadangan  padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'.

Istilah22.06.2009
terjemahan special purpose vehicleCadangan terjemahan ialah kenderaan kegunaan khas.Istilah20.04.2009
Salam sejahtera, Bolehkah "Have the vehicle checked" diterjemahkan sebagai "Pastikan kenderaan diperiksa"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Selamat Sejahtera,

Kami cadangkan "Pastikan kenderaan anda diperiksa"
Penyemakan dan penterjemahan14.01.2018
APAKAH MAKSUD KENDERAAN TIDAK BERMOTOR ATAU 'NON MOTORISED VEHICLE'Tidak bermotor bermaksud tidak berjentera, contohnya pesawat peluncur ialah sejenis kapal terbang yang tidak bermotor (berjentera).Makna19.12.2010
12

Kembali ke atas