Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (place) tempat: where is the ~ for the seminar?, di mana tempat seminar itu?; there’s a change of ~ for the contest, ada perubahan tempat bagi pertandingan itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata venue


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum.Ejaan30.07.2008
Adakah perkataan venue sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu? Ini kerana saya ternampak perkataan ini digunakan oleh RTM bagi satu liputan Sukan Sea baru-baru ini. Terima kasih.Untuk makluman, pihak DBP masih mengekalkan penggunaan perkataan 'tempat' bagi merujuk kepada 'venue'.Lain-lain30.08.2017
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012

Kembali ke atas