Adakah konsep "Hidden Verb" atau "normalization" dalam tatabahasa Inggeris digunakan dalam tatabahasa Bahasa Melayu? Contoh: Setibanya di hospital, pemeriksaan telah dijalankan ke atas pesakit oleh Dr Abd Halim , atau Setibanya di hospital, Dr Abd Halil telah memeriksa pesakit tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, dalam pangkalan data kami tiada maklumat mengenai Hidden Verb dan normalization ini. Kedua-dua ayat yang diberikan ini adalah betul. | Tatabahasa | 25.01.2017 |
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phd | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong. | Tatabahasa | 03.07.2014 |
Pada pendapat saya "is connected to" dan "connect to" membawa maksud yang sama. Contoh yang saya jumpa dalam PRPM: "Kaedah yang memastikan komputer yang bersambung ke internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat." - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bersambung+ke+internet&d=226112LIHATSINI Jika ayat diubah menjadi "Kaedah yang memastikan komputer yang disambungkan kepada internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat", maknanya tetap sama. https://www.thoughtco.com/stative-verb-1692139 mengandungi petikan: In English grammar, a stative verb is a verb used primarily to describe a state of being (I am) or situation (I have). It's how something is, feels, or appears. These verbs don't show physical action (I run) or processes (It prints). Stative verbs can describe a mental or emotional state of being (I doubt) as well as a physical state (Kilroy was here). The situations illustrated by "state" verbs are unchanging while they last and can continue for a long or indefinite time period. Maka dengan contoh-contoh di atas dan huraian "state verb" (dan bukannya soal dyamic verbs yang melibatkan kata kerja aktif/pasif), bolehkan "is connected to" juga diterjemahkan sebagai "bersambung kepada", selain "disambungkan kepada"? Sekian, terima kasih? | Padanan bahasa melayu untuk "is connected to" ialah bersambung ke/bersambung kepada atau disambungkan ke/disambungkan kepada bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 05.08.2021 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama) | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.09.2022 |
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna. | Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut. | Lain-lain | 25.09.2011 |
Apakah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan maksud "Curate"? PRPM hanya menyatakan maksud dari segi kata nama, iaitu 'pembantu paderi', tetapi perkataan tersebut juga mempunyai maksud dari segi kata kerja, iaitu: Curate verb: curate; 3rd person present: curates; past tense: curated; past participle: curated; gerund or present participle: curating select, organize, and look after the items in (a collection or exhibition). "both exhibitions are curated by the Centre's director" Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat perkataan kurator daripada istilah curator, iaitu seseorang yang dilantik untuk menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri, arkib dan sebagainya. Berdasarkan huraian yang tersebut, curate boleh ditafsirkan sebagai menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri arkib dan sebagainya dalam konteks kata kerja. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2019 |
Pada 07/06/10 saya telah mengemukakan pertanyaan apakah istilah yang sesuai untuk perkataan 'PENGURUSAN JENAZAH' di dalam bahasa inggeris. Jawapan yang dicadangkan adalah 'bury the dead'. Saya merasakan cadangan tersebut merupakan perbuatan "verb". Jadi saya ingin bertanya apakah istilah 'PENGURUSAN JENAZAH' di dalam bahasa inggeris yang sesuai (dalam bentuk nouns). Adakah 'management of deadth' boleh digunapakai? terima kasih | Kami tidak mempunyai rujukan bagi istilah tersebut. Cadangan yang diberi, "bury the dead" bermaksud menjenazahkan yang juga mempunyai makna yang sama dengan pengurusan jenazah. Pengurusan jenazah ialah kerja yang dilakukan ke atas mayat orang Islam dan budaya ini tiada dalam orang Inggeris (yang bukan Islam). Oleh itu mereka tiada istilah yang sepadan dengannya. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Pusat Bahasa Inggeris di IPTA/IPTS untuk mendapatkan istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 08.06.2010 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan inggeris 'exercise'; di dalam carian kata, perkataan 'eksesais' tidak wujud. Tetapi bagaimana untuk situasi dimana 'exercise' digunakan sebagai satu bidang/sains/'field'/'area' dan bukan sebagai noun/verb sahaja? Seperti 'exercise science' .Perkataan 'senaman' atau 'latihan' tidak melambangkan maksud yang sebenar. Bagaimana caranya untuk sesorang mencadangkan pendaftaran perkataan baru? terima kasih | Sila kemukakan cadangan istilah baharu tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 17.10.2016 |
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen. | Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2017 |