Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ver.na.ku.lar] | ۏرناکولر

Definisi : (Lin) bkn penggunaan bahasa atau dialek yg dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dlm masyarakat: sistem pendidikan ~; sekolah ~; bahasa ~ bahasa yg dipertuturkan oleh golongan atau kaum ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vernakular


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA.Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama  yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.  Universiti Kebangsaan Malaysia   ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu  wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam.Lain-lain27.02.2008
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan 4 persoalan : 1. apakah rasionalnya memperkenalkan bahasa Melayu kepada etnik bukan Melayu di Malaysia dan apakah kelebihannya pada etnik tersebut dan oihak DBP? 2. melihat kepada isu PPSMI, banyak tentangan dan kritikan mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, seperti yang diketahui PPSMI telah dimansuhkan dan diganti dengan MBMMBI. persoalannya, melihat pada jangka masa yang panjang, apakah perkembangan bahasa Inggeris ini akan menjadi isu kepada pihak DBP? iaitu dalam membantu menyahut seruan MBMMBI. 3. apakah perjuangan bahasa vernakular (seperti bahasa Tamil dan Cina) menjadi cabaran kepada pihak DBP? 4. apakah pencemaran bahasa dari media massa seperti di dalam program televisyen dan akhbar-akhbar hiburan mampu mempengaruhi permartabatan bahasa Melayu? Tidak lupa diucapkan terima kasih atas kerjasama pihak DBP.1. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu jugalah sebagai bahasa pemersatu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah digunakan dalam semua urusan rasmi dan program perpaduan.   
2. Kami tidak menafikan kepentingan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris, namun pada masa yang sama rakyat Malaysia mestilah mempunyai jati diri, bukan setakat menguasai malah mencintai bahasa Melayu. Sebarang isu yang timbul akan diselesaikan oleh pihak yang berwenang dan DBP tetap memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu.
3. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, bahasa-bahasa lain dibenarkan tetapi dalam urusan rasmi termasuklah hal pendidikan mestilah dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
4. Media merupakan medium utama dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat di seluruh Negara. Justeru, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul harus diamalkan. Apabila berlaku kesilapan bahasa dalam media, sedikit sebanyak turut menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014

Kembali ke atas