Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanya dan merujuk pengesahan suku kata untuk perkataan 'video' sama ada ialah vi+de+o atau vi +deo? Bagaimana pula dengan perkataan 'radio'?Sebutan untuk "video" ialah "vi.deo", manakala "radio" ialah "ra.dio"Lain-lain13.10.2014
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper "Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malamIstilah27.05.2013
Salam, Laras bahasa: Komputer abort (vi, n) > henti paksa (kk) Hrp sahkan padanan-padanan imbuhan yg sesuai: 1) menghenti paksa (kk, aktif) 2) dihenti paksa (kk, pasif) 3) hentipaksaan (kn) 4) perhentianpaksaan (kn) TKDalam bentuk kata nama (istilah) frasa yang betul ialah henti paksa, manakala dalam bentuk kata kerja frasa yang betul ialah menghenti paksa/dihenti paksa.Istilah20.12.2011
Tuan yang budiman, apakah maksud i) Context clues ii) Structural analysis = analisis strukturan? iii) prefixes. iv)Suffixes, v)root words = kata dasar? vi) compound word vii) syllables = suku kata? Terima kasih :)Terjemahan perkataan yang tersebut ialah: i) Context clues - petunjuk konteks;  ii) Structural analysis = analisis struktur; iii) prefixes - awalan; iv) Suffixes - akhiran v) root words - kata dasar; vi) compound word - kata majmuk; dan vii) syllables - suku kata. Istilah12.10.2011
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasihTerjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah:  i. food deserts - makanan pencuci mulut;  ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang;  iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan.Istilah16.05.2011
Salam sejahtera tuan, Adakah Buku Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI ini terdapat di DBP?Buku ini tiada dalam pasaran dan tidak diedarkan. Bagaimanapun untuk pengesahan maklumat, sila hubungi  Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455221/5001.Lain-lain01.11.2016
Makna 'ceratu'. Saya menemui kata tersebut dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI, halaman 802.Tidak ada maklumat perkataan ceratu dalam pangkalan data kami. Carian kami melalui internet juga tidak menemukan perkataan berkenaan.Makna30.08.2017
Apakah perbezaan penggunaan kata-kata hubung seperti yang berikut, i) apabila ii) semasa iii) ketika iv) tatkala v) sewaktu vi) bilaUntuk makluman tuan, kata hubung apabila, semasa, ketika, tatkala dan sewaktu merupakan kata hubung keterangan waktu. Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu kejadian. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata hubung tersebut mempunyai makna yang hampir sama yang bererti pada ketika itu. Perkataan bila pula ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu yang mana.Tatabahasa04.04.2018
saya ingin tahu maksud - maksud seperti berikut:- i. keberkesanan ii. kaedah iii. inkuiri penemuan mengikuit mata pelajaran sains iv.menjawab v. soalan vi. aras tinggi - penerangan ini bertujuan untuk jurnalTuan boleh mendapatkan maksud perkataan yang diperlukan melalui carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna31.03.2015
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. xylol - xilol

ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat 

iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma

iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus

v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata

vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid

vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung

viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak
Istilah15.04.2012
12345

Kembali ke atas