istilah inggeris GRASPING VIA COMPREHENSION dalam konteks pendidikan, adakah boleh diterjemahkan sebagai DIGENGGAM MELALUI KEFAHAMAN? Terima kasih. | Mohon tuan/puan memberikan penggunaan grasping via comprehension dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan grasping via comprehension supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.07.2018 |
Intilah 'grasping via apprehension' dalam teori pendidikan Kolb 1984. Contoh ayat: "Experience grasped through apprehension and transformed through intention result in what we called divergent knowledge." Apakah istilah yang tepat terhadap perkataan 'grasping via apprehension'? Terima kasih daun keladi. | Dalam data rujukan kami, tiada padanan yang bersesuaian bagi istilah grasping dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan carian kami, dalam konteks yang dinyatakan, cadangan bahasa Melayu bagi perkataan grasping ialah penyerapan. Cadangan kami ialah penyerapan melalui pemahaman, jika bersesuaian dengan makna yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.11.2018 |
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat | Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin, dan tiada istilah torrent. Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.03.2011 |
Istilah sesuai bagi "hashmoji". Penerangan Hash Sign Emoji Meaning. An emoji version of the hash symbol (#), created via a variation selector. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah hashmoji ialah tanda pagar emoji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 03.06.2025 |
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer. | Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik. | Istilah | 18.07.2011 |
Salam Ramadan. Adakah perkataan "menyahubungkan" boleh digunakan sebagai terjemahan de-link? Cth ayat: You can de-link your card with your ex-spouse via ATM. | Tuan, Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, de-link boleh diterjemahkan kepada mengenyahhubungkan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2019 |
untuk terjemahan ke bahasa melayu bagi tender berikut untuk diiklan dalam surat khabar utusan malaysia "tender for the provision of fibre optic cabling works via schedule of rate for telekom malaysia berhad" | Kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Sila cadangkan bahasa Melayunya dan kami akan betulkan tatabahasanya. | Lain-lain | 13.11.2008 |
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk perkataan 'deprivation', 'adverse outcomes', 'control problem' dan 'interaction avoidance' berdasarkan konteks ayat berikut : The subdimensions of the Problematic Mobile Phone Use Scale we developed are deprivation, adverse outcomes, control problem and interaction avoidance. The subdimension deprivation measure feelings like tension or unease when the mobile phone is not available or not in a usable state; the subdimension adverse outcomes looks at negative effects of people’s mobile phone use on their daily lives; the control problem subdimension deals with people’s ability to control their mobile phone use; finally, the interaction avoidance subdimension evaluates the preference to communicate with other people via mobile phone rather than engaging in face-to-face interaction. (2) Bersama ini saya sertakan juga artikel yang saya baca berdasarkan pertanyaan ini untuk rujukan pihak Tuan?Puan. Terima kasih. | Keempat-empat istilah teknikal dalam bahasa Inggeris yang diberikan mempunyai pelbagai padanan terjemahan dalam bahasa Melayu, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Istilah | 13.09.2020 |
bagaimana saya boleh mendaftar atau menyemak ejaan untuk signboard dari bahasa inggeris ke bahasa melayu | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur atau, pihak puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) via Hangouts">03-9226 2506 | Lain-lain | 17.07.2019 |
Jiahui Tan Sep 29th, 7:37pm TRACKING BACK MAGAZAINES FOR 3 CONSECUTIVE 3 MONTHS I am Tan Jia Hui with I/C number 981015-04-5334.The purpose that I wrote this e-mail is to complaint regarding the delay service of your company on my subscription of Dewan Siswa magazines 2. In this e-mail, I am going to quote my anger and disappointed towards ypur company 's service and I had been faced the problem of receiving the magazines for 3 consecutive which is frrom July till September 2014. This type of trouble had been faced for several times, and this has reflected how low the efficiency of your company is in delivery service. 3. I had been took sufficient effort trace back all the delay magazines by via email or even by calling your company's contact for quite lots of times , but unfortunately it turned up . Nobody answered or even replied the call or email .This show that how inresponsible your company is. 4. I hope you can settle or handle this level of problems immediately and give a responsible explanation for me through on call at the number 014-7321098. Or else, I will take legal action towards your company on my customer's sight to get the adequate compensation and all the delay magazines. Hope to hear from you as soon as possible to avoid uncessary problems. Thank you! | Salam Sejahtera Cik Tan Jia Hui, Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada majalah terbitan DBP. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada pihak Cik Tan dan pelanggan yang lain. Kami amat prihatin terhadap segala aduan yang dikemukakan terhadap penerbitan majalah DBP. Kami berharap agar masalah ini tidak menjejaskan sokongan dan minat pelanggan kepada majalah terbitan DBP. Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan urusan langganan majalah, sila hubungi Puan Azah Wahab melalui talian 03-89611834 atau 03-89611836. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.09.2014 |