Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. full of vitality, enthusiasm, bersemangat dan bertenaga: a warm and ~ personality, keperibadian yg mesra, bersemangat dan bertenaga; lively, ~ verse, puisi yg hidup, bersemangat dan bertenaga; 2. resonant, bergema: the ~ tones of the trumpets, nada trompet yg bergema; a voice ~ with emotion, suara yg bergema dgn emosi; 3. brilliant, terang, menyarau: the artist uses ~ colours, pelukis itu menggunakan warna-warna yg terang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vibrant


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Mohon bantuan daripada pihak tuan untuk terjemah ke bahasa melayu kerana pihak majlis ingin menggunakan kedua² bahasa kelakTerjemahan yang sesuai bagi  "Mukah Towards A Vibrant Smart City" ialah "Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria"Makna10.05.2017
Tolong translate 3 perkataan ini 1) Banking Hub 2) Vibrant Business Community 3) Winnig Reason to InvestTerjemahannya ialah 1. hab/pusat perbankan. 2. Komuniti Niaga Cemerlang. 3. Sebab- sebab menguntungkan untuk melabur. Walau bagaimanapun terjemahan yang berikut boleh berubah mengikut konteks tertentu.Istilah23.03.2007
Selamat petang. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Sukacita untuk memohon bantuan daripada pihak tuan untuk melakukan terjemahan yang tepat kerana pihak majlis bercadang untuk menggunkan kedua-dua Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Permohonan yang sama telah saya ajukan pada 10 Mei 2017 yang lepas. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi "Mukah Towards A Vibrant Smart City" dalam bahasa Melayu ialah Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria.Makna15.05.2017
Salam Tuan; Mohon semakan tabahasa untuk keperluan permohonan lesen papan tanda Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sekian. Terima Kasih. Wassalam. Fadhlan 0162572869Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan BANDAR RAYA. Italikkan MBSJ Smart Vibrant atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan NO.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain13.12.2021

Kembali ke atas