Padanan perkataan “pictorial representation” ialah “representasi bergambar”? Bolehkah perkataan imbuhan ditambahkan bagi perkataan “representasi” menjadikan “merepresentasi” dan “direpresentasi” bagi perkataan “represented” dalam ayat di bawah ini. “338(3) Every package containing vinegar, distilled vinegar or blended vinegar shall not include a pictorial representation or design in the label depicting the substance from which the vinegar may be prepared unless at least 60 per cent of the vinegar contained therein has been prepared from the substance represented. (3) Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan pada labelnya suatu representasi bergambar atau reka bentuk yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.”. | Kekalkan ayat tanpa imbuhan dan betulkan kepada Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan representasi bergambar atau reka bentuk pada labelnya yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu. | Tatabahasa | 07.07.2021 |
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih. | 1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu. 2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja". | Istilah | 23.07.2012 |