Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 5. sight of exceptional beauty, [various translations]: the bride was a ~ of loveliness, pengantin perempuan itu jelita dan menawan; she is really a ~, dia betul-betul cantik; 6. picture shown by a TV set, gambar: we apologize for the temporary loss of ~, kami memohon maaf krn terdapat gangguan gambar utk sementara waktu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. picture seen in the mind, bayangan, visi: he had a ~ of a world without poverty, dia mempunyai bayangan ttg dunia tanpa kemiskinan; all his ~s of success came to nothing, segala bayangannya utk mendapat kejayaan menjadi sia-sia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. sight, ability to see, penglihatan: the old man’s ~ is failing, penglihatan lelaki tua itu semakin kabur; her ~ is excellent, penglihatannya sangat baik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. foresight, ability to see into the future, visi, wawasan: we need more men of ~ in Parliament, kita memerlukan lebih ramai orang yg mempunyai visi di Parlimen; 2. images, hallucinations as a result of, a. (divine inspiration) visi, bayangan: the soothsayer said he had seen it in a ~, tukang ramal itu berkata bahawa dia melihatnya dlm visi; the ~ came to him when he was asleep, bayangan itu datang padanya semasa dia tidur; b. (taking drugs etc) khayalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vision


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, apakah terjemahan bm bagi perkataan 'night vision device'? terima kasih.Cadangan terjemahan bagi  night vision device ialah "Alat Penglihatan Malam"Makna18.03.2022
mohon maaf kerana soalan saya mungkin berulang daripada yang sebelum ini, tapi ada sedikit penambahan dan lebih terperinci. berikut merupakan perkataan dalam bahasa inggeris yang memerlukan terjemahan kepada bahasa melayu. terma2 ini untuk digunakan dalam kajian berbentuk survey kesihatan. jadi kami memerlukan istilah yang betul2 menepati pemahaman umum. : 1.OCULAR SURFACE DISEASE INDEX. 2.BLURRED VISION. 3.POOR VISION. soalan seterusnya melibatkan isu kekerapan. dan ia perlulah dibezakan tanpa keraguan: 4.ALL OF THE TIME. 5.MOST OF THE TIME. 6.HALF OF THE TIME. 7.SOME OF THE TIME. 8.NONE OF THE TIME Dilampirkan bersama-sama ini borang survey dalam bahasa inggeris tersebut. sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
 
1. ocular surface disease index - indeks penyakit permukaan okulus
2. blurred vision - kabur
3. poor vision - sangat kabur
4. all of the time - sepanjang masa
5. most of the time - sangat kerap
6. half of the time - kerap
7. some of the time - tidak kerap
8. none of the time - tiada
Penyemakan dan penterjemahan10.06.2016
Saya sudah terjemahkan kepada bahasa melayu, untuk penyemakan pihak dewan bahasa dan pustaka. 1. Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. Visi Kami - Untuk menjadi pembekal tenaga yang bernilai serta inovatif. 2. Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. Misi Kami - Untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang berkesan dan boleh dipercayai paling bersih , selamat, kos kepada negara 3. Join us in creating the future of clean energy. Sertai kami dalam mewujudkan masa depan tenaga bersih.1. Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. - Visi Kami - Untuk menjadi pembekal tenaga yang bernilai tambah serta inovatif.
2. Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. -  Misi Kami - Untuk menyediakan penyelesaian tenaga keberkesanan kos yang boleh dipercayai, paling bersih dan selamat untuk negara.
3. Join us in creating the future of clean energy - Sertai kami untuk mewujudkan masa depan tenaga yang bersih.
Penyemakan dan penterjemahan19.07.2016
Apa kaedah membentuk kata bahasa Melayu daripada pinjaman/serapan bahasa Inggeris melibatkan -sion? Kenapa television menjadi televisyen, vision menjadi visi, profession menjadi profesion?

Untuk maklumat tuan/puan, sesuatu istilah dibentuk berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM, 2005).

Dari segi pembentukan istilah, pinjaman/serapan bahasa Inggeris yang melibatkan -sion dipadankan dengan -sion, -si atau -syen. Oleh yang demikian, (profession - profesion, vision - visi dan television - televisyen). Lazimnya, kata yang terserap sepenuhnya dari segi ejaan dan bunyi adalah melalui penciptaan istilah (Nik Safiah et al., 2013). Selain itu, istilah asing tersebut telah sebati dalam pengucapan dan penulisannya dalam bahasa Melayu.

Istilah15.02.2024
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai bagi frasa "Our Vision: To nurture world changers" untuk diletakkan ke dalam penerbitan buku sekolah? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Mohon berikan cadangan terjemahan bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan, untuk kami semak.Makna14.08.2024
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: 1.Our Vision - To be an innovative value added energy solutions provider. 2.Our Mission - To provide the cleanest, safest, cost effective and reliable energy solutions to the nation. 3. Join us in creating the future of clean energy.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan.Penyemakan dan penterjemahan18.07.2016
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih.VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara.

MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara.
Lain-lain22.11.2017
No. Pendaftaran : 30059/2015 Tajuk Peemohonan : Jualan merdeka Tarikh Permohonan : 29/7/2015 Syarikat : Venice Vision Sdn Bhd May i know the latest status ? When can i get the approval letter ? Please update me as soon as possible. Thanks for your cooperation.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain03.08.2015
Selamat petang Encik/Puan, Perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan 'casing'(computer). Sekian terima kasih Admin Pustaka VisionUntuk makluman tuan, terdapat beberapa terjemahan bagi perkataan casing termasuklah selongsong, perumah, bingkai  seperti dalam http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=casing&d=346196&#LIHATSINI. Pada pandangan kami, padanan bahasa Melayu yang paling hampir ialah perumah jika bersesuaian dengan konsep.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2017
berikut merupakan perkataan dalam bahasa inggeris yang memerlukan terjemahan kepada bahasa melayu. terma2 ini untuk digunakan dalam kajian berbentuk survey kesihatan. jadi kami memerlukan istilah yang betul2 menepati pemahaman umum. terutamanya soalan 2-6 (melibatkan kekerapan): 1. poor vision 2. all of the time 3. most of the time 4. half of the time 5. some of the time 6. none of the time sekian, terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
 
1. poor vision - sangat kabur
2. all of the time - sepanjang masa
3. most of the time - sangat kerap
4. half of the time - kerap
5. some of the time - tidak kerap
6. none of the time - tiada
Penyemakan dan penterjemahan10.06.2016
12

Kembali ke atas