| To translate"visit our existing centres" in Bahasa | Kami mencadangkan frasa "visit our existing centres" diterjemahkan kepada "kunjungi pusat ... (contohnya: pusat perkhidmatan) kami". | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2015 |
| Tuan, Terjemahan mana yang betul bagi "Last Treatment Visit", adakah "Lawatan Akhir Rawatan" atau "Lawatan Rawatan Akhir". Ayat penuh bagi penggunaan istilah ini adalah seperti berikut: "Jika penyertaan anda dalam Bahagian B kajian utama, TRCA-303, bersambung selama lebih daripada 36 bulan (3 tahun), imbasan keempat dan terakhir akan dijalankan pada Lawatan Akhir Rawatan jika ia belum dibuat dalam tempoh 2 bulan sebelumnya." | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi ayat Last Treatment Visit. Walau bagaimanapun, sekiranya bersesuaian dengan konsep, kami mencadangkan Janji Temu Rawatan Terakhir sebagai padanan untuk ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2019 |
| Bolehkan tanda "@" digunakan dalam Bahasa Malaysia? Cth: Visit us @ (website) Lawati kami @ (laman web) Atau perlu diterjemahkan sebagai: Lawati kami di (laman web) | Dalam wacana bahasa Melayu, simbol @ ditulis di seperti dalam konteks yang tersebut. | Ejaan | 13.07.2015 |
| Assalamualailum w.b.t. Yang mana satu adalah betul, "login to", "log in to", atau "log into". Perkataan ni akan digunakan di dalam ayat berikut: "Visit the company official websites directly and log into your account to update the information. " Terima kasih. | Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan BAHASA MELAYU antaranya termasuklah aspek ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa dan penyemakan bahasa. Untuk penggunaan bahasa-bahasa lain, sila rujuk organisasi yang berkaitan. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
| Siva Balan Daramakoday AHA 10.52 PTG Siva Balan Daramakoday Good day Sir I was at Terengganu Airport at Kuala Terengganu. Found a huge banner on Visit Terengganu. The Tamil phrase is mistakenly written. Supposed to be "மீண்டும் வருக". Kindly assist on the correction. Thank you. My personal number is 012 333 6024. My email sivabalandaramakoday@gmail.com. The photo attached | Salam sejahtera... Untuk pertanyaan mengenai aduan iklan dalam bahasa Melayu, tuan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 0321479114 (En. mulia) Sekian terima kasih | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2017 |
| Hi, I would like to apply for the sign board. How to apply for that. Please guide me. Thank you | For apply a signboard, u can visit this link http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ Please make sure your signboard in bahasa Melayu for approve. | Lain-lain | 29.07.2016 |
| Perkataan 'bila' digunakan dalam ayat tanya. Namun dalam ayat penyata yang menggunakan perkataan 'when' bagi bahasa Inggeris, adakah 'bila' boleh digunakan? Contoh ayat, 'I don't know when can I visit him.' Bolehkah 'entah bila' digunakan bagi ayat ini? Entah bila saya boleh melawatnya? Terima kasih. | Entah bila saya boleh melawatnya. Ayat tersebut boleh digunakan dengan menukarkannya menjadi ayat penyata. | Makna | 23.01.2019 |
| Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut adalah definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan: 7. CULTURAL MOTIVATION - Cultural motivation represents cultural related factors which influence tourists to visit a destination. 8. STIMULUS-ORGANISM-RESPONSE MODEL - The mediation concept is in line with the Stimulus-Organism-Response model. Stimulus consist of marketing mix variables and other environmental inputs which are external to a person. Organism represents the internal manners that intercedes in between external stimuli and final responses, actions or reactions. Response is the behavioral reactions. 9. UNDERPINNING MODEL - This study extends the adaptation of S-O-R model by examining relationship of authenticity, place attachment and intention to recommend by using S-O-R model as underpinning model in cultural heritage tourism context Terima kasih. | Cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konsep penggunaannya: 7. CULTURAL MOTIVATION - motivasi budaya 8. STIMULUS-ORGANISM-RESPONSE MODEL - model rangsangan gerak balas 9. UNDERPINNING MODEL - model sokong bawah | Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2019 |
| Apakah terjemahan terbaik bagi 'business trip' atau working trip ? Semakan di DBP hanya memberi terjemahan untuk perkataan tersebut secara berasingan. Logiknya terjemahannya adalah "Perjalanan Perniagaan" atau "Perjalanan bekerja" Bolehkah kita samakan ia dengan "business visit" iaitu "lawatan bekerja"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business trip" atau "working trip". Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah lawatan kerja. | Istilah | 04.04.2013 |
| Saya ingin bertanya mengenai terjemahan BM yang sesuai untuk frasa "rapid point-of-care test" (disiplin perubatan). Contoh ayat: rapid point-of-care test that can diagnose covid-19 infection while you wait during healthcare visit. Terima kasih | Untuk frasa "rapid point-of-care test" pihak kami mencadangkan dalam bahasa Melayu sebagai "ujian titik penjagaan pantas". | Makna | 08.09.2020 |