Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.va] | ۏيۏا

Definisi : peperiksaan lisan yg berkaitan dgn penye­lidikan atau tesis yg dibuat, yg dilalui oleh seseorang utk memperoleh kelayakan aka­demik, biasanya pd peringkat universiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.va] | ۏيۏا

Definisi : peperiksaan lisan berkaitan dgn penyelidikan atau tesis yg dibuat, yg dilalui oleh seseorang utk memperoleh kelayakan akademik, biasanya pd peringkat universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata viva


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya pelajar Universiti Utara Malaysia. Saya telah mengikuti VIVA untuk Ph.D, tetapi harus memperbaiki desertasi/thesis saya karena buruknya penguasaan Bahasa Malaysia. Saya mohon informasi bagaimana mendapatkan software untuk translate (?) dan kamus Bahasa Malaysia-Indonesia atau Malaysia-Inggris untuk memperbaiki desertasi/thesis saya. Atas perhatian dan bantuan Bapak, saya haturkan banyak terima kasih.Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan.  Saudara digalakkan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk tujuan tersebut. Saudara juga boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk mendapatkan bantuan.Lain-lain26.12.2009
Selamat malam Tuan, Baru-baru ini, saya telah melalui proses viva, terdapat persoalan tentang istilah pembelajaran regulasi kendiri. Mengikut panel saya sepatutnya menggunakan istilah pembelajaran beregulasi kendiri. Saya memohon pandangan tuan mengenai istilah manakah yang sesuai digunakan. Kebanyakkan jurnal dan artikel menggunakan istilah pembelajaran regulasi kendiri. Jadi saya ingin kepastian tentang istilah tersebut. Kerjasama tuan didahalui dengan ucapan terima kasih. M.Kananmmah 0194416000Untuk makluman, istilah "pembelajaran regulasi kendiri" dan "pembelajaran beregulasi kendiri" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Dari aspek pembentukan istilah, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan "regulasi" atau "beregulasi" bergantung pada konsep istilah tersebut.Istilah11.11.2013

Kembali ke atas