| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan Tuan/Puan untuk mencadangkan padanan yang sesuai bagi perkataan "void deck." "Void deck" ialah ruang kosong dibawah pangsapuri dan biasanya digunakan untuk aktiviti komuniti penduduk. Istilah ini biasa digunakan di Singapura. Terima kasih | Wassalam, Kami mencadangkan istilah "void deck" diterjemahkan kepada "Ruang Legar" yang membawa maksud "ruang yang agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dan sebagainya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2018 |
| bagaimana saya boleh mendaftar atau menyemak ejaan untuk signboard dari bahasa inggeris ke bahasa melayu | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur atau, pihak puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) void(0)" title="Call via Hangouts">03-9226 2506 | Lain-lain | 17.07.2019 |