Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa] | وا

Definisi : 1. dan (disebut dlm beberapa ungkapan Arab); wallahuaklam dan Allah Yang Lebih Mengetahui; 2. demi (disebut utk bersumpah); wallahi demi Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa] | وا

Definisi : = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggil­an kpd ibu atau bapa saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan peperiksaan anak meminta pelajar memasifkan ayat aktif berikut: "Wa Wa mewarnakan rambutnya." Jawapan anak : Rambut Wa Wa diwarnakannya. Jawapan cikgu : Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia. Mohon dapar menjelaskan pengunaan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif yang sepatutnya kerana rujukan kepada beberapa buku rujukan memberikan keterangan yang berbeza. Tidak pasti sama ada jawapan anak atau pun jawapan cikgu yang lebih tepat.Ayat Rambut Wa Wa diwarnakannya dan Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia kedua-duanya boleh diterima sebagai bentuk pasif ayat Wa Wa mewarnakan rambutnya. Namun yang paling tepat ialah Rambut Wa Wa diwarnakannya (diwarnakan olehnya).Tatabahasa28.06.2011
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kepada pihak PRPM yang dikasihi Allah. Saya ada sedikit kerisauan yang saya ingin utarakan mengenai ejaan satu perkataan yang saya jumpai baru-baru ini di sebuah page facebook yang bernama SAYS SEISMIK yang menyatakan mengenai perkataan harian yang sering kita gunakan dengan ejaan yang salah. Page tersebut mengatakan ianya adalah bersumberkan dari pihak DBP. Perkataan yang merisaukan saya ialah perkataan 'sunah". Menurut kefahaman saya ianya adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa arab. Kita akan menjumpai kesemua terjemahan kitab-kitab muktabar akan menggunakan ejaan 'sunnah' dengan dua huruf 'n'. Ini adalah kerana didalam bahasa arab ada syaddah pada huruf nun ن menjadikan transliterasinya menjadi 'sunnah' dan bukannya 'sunah' sebagaimana yang disarankan oleh pihak PRPM. Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan dan penyelesaian dalam permasalahan ejaan ini agar sama-sama dapat kita mengambil manfaat dari perbincangan ini. Terima kasih atas masa pihak tuan/puan.Peminjaman kata daripada bahasa Arab disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu. Penggunaan tasydid dalam bahasa Arab tidak dilambangkan hurufnya dalam bahasa Melayu, seperti ejaan sunah. Penggunaan ejaan ini boleh disemak melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan dalam media sosial, namun sebagai pengguna yang bertanggungjawab kita boleh memainkan peranan dengan menggunakan dan meuar-uarkan ejaan yang betul. Walaupun media sosal atas nama peribadi bukanlah wadah rasmi yang perlu kita berbahasa dengan baik dan betul, sekurang-kurangnya kita dapat memainkan peranan kecil untuk kesan yang lebih besar kepada usaha mempromosikan penggunaan bahasa yang baik dan betul.Ejaan09.10.2017
1.Apakah perkataan "ahlan wa sahlan" terkandung dalam kamus Bahasa Melayu? 2. Sekiranya "ya", apakah maksud khusus bagi perkataan "ahlan wa sahlan"? 3. Bolehkah perkataan "ahlan wa sahlan" digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu?

Encik Sabdin,

Ahlan wasahlan ialah perkataan dalam bahasa Arab yang membawa maksud selamat datang. Perkataan ini hanya digunakan dalam bahasa lisan sahaja dan tidak digunakan dalam bidang penulisan bahasa Melayu.

Makna16.05.2010
Saya Ismail Wa-leng Sedang Belajar di Pusat Bahasa Melayu Dasar, Universiti Pattani Thailand, Ingin Bertanya DBP apakah kata sifat TerimakasihKata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda.Tatabahasa12.11.2013
Saya Ismail Wa-leng Sedang Belajar di Pusat Bahasa Melayu Dasar,Universiti Pattani Thailand, Ingin Bertanya DBP apakah terdapat buku tentang Sejarah fatani Thailand terimakasihUntuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)?Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan
b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama).
Tatabahasa03.09.2014
Mohon pencerahan penggunaan singkatan bagi Subhanahu wa taala. Adakah SWT atau S.W.T. ? Mohon penerangan juga bila boleh digunakan dalam huruf kecil swt atau s.w.t.?Singkatan untuk Subhanahuwataala ialah SWTEjaan30.03.2017
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an)Ketiga-tiganya betul.Lain-lain06.03.2013
Salam. mohon untuk menyemak penggunaan bahasa seperti di lampiran. terima kasihWa alaikum salam,
Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain07.07.2017
Salam, bagaimana penulisan infografik, adakah ini merupakan frasa atau terbentuk dalam satu perkataan sahaja?Wa alaikum salam,

penulisan/ ejaan bagi infografik ialah info grafik.
Ejaan28.07.2017
12345

Kembali ke atas