Bagaimana ejaan yang betul bagi "waalaikumussalam"? | waalaikumussalam | Tatabahasa | 02.11.2007 |
Bagaimanakah ejaan 'waalaikumussalam' yang sebenarnya? | Ejaan 'assalamualaikum' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tetapi kata 'waalaikumussalam' tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Saudara boleh menggunakan ejaan seperti di atas. | Ejaan | 27.10.2015 |
ejaan yang betul untuk assalamualaikum dan waalaikumussalam? penggunaan yang betul untuk singkatan radiallahu anhu r.a. atau RA? | Ejaan yang betul ialah assalamualaikum, waalaikumussalam, r.a.(untuk radiallahuanhu). | Ejaan | 13.02.2008 |
Assalamualaikum Tuan, Boleh saya tahu ejaan sebenar bagi perkataan menjawab salam, 'waalaikumsalam' atau 'waalaikumussalam'? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah waalaikumussalam. | Ejaan | 12.07.2020 |
Assalamualaikum. Adakah DBP menerbitkan buku istilah sukan Bola Sepak? | Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. DBP ada menerbitkan buku istilah sukan yang merangkumi bidang bola sepak. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh melayari laman sesawang Pusat Dokumentasi Melayu, http://pustaxa.dbp.gov.my/ dan laman sesawang dbp.niaga.my untuk mendapatkan maklumat lanjut buku tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 20.03.2019 |
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh? | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah melalui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif. | Tatabahasa | 01.04.2019 |
Assalamualaikum, Bolehkah saya gunakan istilah pewajaran bagi padanan justification? | Waalaikumussalam, padanan yang sesuai bagi justification ialah pewajaran | Makna | 18.10.2017 |
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Selamanya bermaksud: Untuk jangka masa yg lama dan berterusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda. Selama-lamanya bermaksud: 1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya. Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama. Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya. | Makna | 09.04.2014 |
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa? | Waalaikumussalam, Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi. | Sastera | 20.06.2019 |
Salam hormat, Apakah istilah 'blue print' dalam bahasa Melayu ? Terima kasih. | Waalaikumussalam... Terjemahan bagi blue print daripada bidang kejuruteraan ialah cetak biru
| Makna | 19.01.2018 |