Salam sejahtera. Bolehkah saya menterjemah istilah "ward round" dalam bidang perubatan, sebagai Rondaan Wad berbanding dengan "......pemeriksaan di wad jika merujuk pemeriksaan yang dilakukan kepada pesakit di wad berkenaan."(Penyemakan dan penterjemahan pada 29.04.2014 oleh pihak tuan) | Cadangan istilah Rondaan Wad bagi padanan "ward round" diterima. | Istilah | 30.10.2018 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya menterjemah istilah "ward round" dalam bidang perubatan, sebagai pemeriksaan di sekeliling wad? Terima kasih. | Kata umum boleh diterjemahkan mengikut konteks ayat tersebut, seperti ward round boleh diterjemahkan kepada pemeriksaan di wad jika merujuk pemeriksaan yang dilakukan kepada pesakit di wad berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2014 |
Setelah mendapatkan nama wad dari/daripada Awie, Cikgu Wilson pun beredar. | Setelah mendapatkan nama wad daripada Awie, Cikgu Wilson pun beredar. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Salam Satu Malaysia, Tuan / Puan, Minta tolong perlahankan suara anda ketika berada di wad pesakit. Adakah penggunaan 'minta' di atas perlu ? Saya memesan kopi manakala adik memesan teh. Adakah penggunaan 'manakala' di atas betul ? | Dalam situasi rasmi lazimnya ditulis atau disebut "sila perlahankan suara anda ketika berada di wad pesakit". Perkataan minta lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
Mohon pengesahan istilah yang tepat untuk pesakit yang boleh /dibenarkan discaj dari wad tetapi tidak mempunyai waris dan terbiar. (Di dalam bahasa Inggeris situasi pesakit tersebut dikategorikan sebagai "stranded patient") Adakah:- 1. Pesakit Terdampar- 2. Pesakit Terlantar- | Pesakit terlantar merujuk keadaan pesakit yang tidak lagi berupaya. Perkataan stranded dalam konteks yang diberikan lebih sesuai diterjemahkan kepada terabai atau terbiar, pesakit terabai atau pesakit terbiar. | Istilah | 05.07.2018 |
AYAT YANG MANA SESUAI DIGUNAKAN " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" ATAU " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM PESAKIT DITINGGALKAN" ATAU PIHAK TUAN BOLEH MENCADANGKAN AYAT YANG LEBIH SESUAI UNTUK DILETAKKAN DI PAGAR KATIL PESAKIT DI WAD. TERIMA KASIH | Ayat yang sesuai ialah "SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" | Tatabahasa | 19.01.2018 |
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,. | Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan) Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi. Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
apakah itu dbp? apakah kepentingan dbp kepada masyarakat? | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah mengunjungi laman web www.dbp.gov.my | Lain-lain | 21.08.2008 |
Siapakah pengasas dewan bahasa dan pustaka? | Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu. Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri. Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan. | | Lain-lain | 11.07.2012 |
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM. | Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah: - (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
- /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur.
- (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
- (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.
Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring. | Ejaan | 16.06.2019 |