Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ha.na] | واهان

Definisi : saluran atau perantaraan (yg me­mungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda; RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~ komunikasi budaya yg berkesan; berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana: keperluan khusus yg ~ bahasa asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ha.na] | واهان

Definisi : 1 alat (spt kenderaan, kenaikan) utk membawa orang atau barang: Di taman hiburan itu, terdapat berbagai-bagai ~ spt kuda pusing dan kereta langgar yg disukai oleh kanak-kanak. 2 alat utk melahirkan atau menyampaikan fikiran, perasaan dsb: Lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda. Perkara yg sering dipersoalkan ialah mampukah bahasa Malaysia menjadi ~ ilmu pengetahuan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wahana (kata nama)
Bersinonim dengan alat, saluran, perantaraan, medan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PERBEZAAN ANTARA WAHANA DAN BAHANA?Wahana bermaksud saluran atau perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai), manakala bahana antaranya bermaksud sesuatu yang timbul disebabkan daripada sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dan sebagainya). Untuk melihat makna yang lain sila rujuk Kamus Dewan.Makna30.08.2009
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanFungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain02.10.2006
Apakah makna perkataan wahanaMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, wahana bermakna saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.03.2009
definisi wahana
Wahana  ialah saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai.
Makna05.01.2013
1. Apa beza wahana dan wadah? 2. Akan membeli rumah Firdaus, kalau mendapat pinjaman daripada kerajaan. Betul atau salah ayat ini?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud wahana ialah saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Wadah pula ialah alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Ayat tersebut salah kerana tidak mempunyai subjek.Tatabahasa18.09.2008
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009
Selamat Pagi.. Persoalan saya nak tanya ialah Bahasa merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradapan bangsa. Dengan perkataan lain, bahasa merupakan tonggak yang ampuh yang dapat mendukung jati diri bangsa. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu menilai kemajuan dan mengisi taraf bahasa melayu dan kesusasteraan Melayu sebagai tonggak pembinaan tamadun manusia...Bagaimanakah hendak menghuraikan tentang persoalan dinyatakan? Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..sekian,terima kasih.Saudara boleh menghuraikan perkara ini dengan memberikan takrifan kepada beberapa perkataan dan frasa yang digunakan seperti wahana pengucapan kebudayaan tinggi, peradaban bangsa, jati diri dsb. dan seterusnya mengaitkan perkataan dan frasa ini dengan aspek pembinaan tamadun manusia.Lain-lain25.05.2008
Boleh jelaskan "Bahasa Melayu Baku Sebagai Wahana Bahasa Ilmu".Tidak ada satu tafsiran yang kukuh untuk frasa tersebut. Pada pemahaman kami frasa tersebut boleh ditafsirkan sebagai bahasa Melayu yang baik dan betul sebagai saluran dalam menyampaikan ilmu.Tatabahasa11.10.2014
Adakah ibu bapa, bahasa Melayu, bahasa rasmi, nenek moyang dan wahana politik ialah kata majmuk? Apakah petua untuk mengenal pasti kata itu merupakan kata majmuk? Sekian terima kasih.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar.  Bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, gambar rajah, terima kasih dan sebagainya.

Petua untuk mengenal kata majmuk ialah ia tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.  Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "yang".  Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan.
Tatabahasa22.01.2016
apakah maksud puisi sebagai saluran komunikasiMaksud kenyataan puisi menjadi saluran komunikasi ialah puisi menjadi wahana atau saluran komunikasi kepada penyair untuk menyampaikan perasaan dan fikirannya tentang sesuatu perkara kepada khalayak pembaca.Lain-lain27.12.2007
1234

Kembali ke atas