| Please wait to be seated | sila tunggu untuk diberi tempat duduk | Lain-lain | 26.03.2007 |
| We’re thrilled to have you on board and can’t wait to get to know you. diterjemahkan kepada: Kami teruja dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan Mohon semakan | Cadangan, kami amat seronok dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2020 |
| Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan. (Any misuse will be subject to a fine) 4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti. (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka. (Turn handle to "2" and push door to open) 6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi. (If handle does not turn to "2", wait and then try again) Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2024 |
| Saya ingin bertanya mengenai terjemahan BM yang sesuai untuk frasa "rapid point-of-care test" (disiplin perubatan). Contoh ayat: rapid point-of-care test that can diagnose covid-19 infection while you wait during healthcare visit. Terima kasih | Untuk frasa "rapid point-of-care test" pihak kami mencadangkan dalam bahasa Melayu sebagai "ujian titik penjagaan pantas". | Makna | 08.09.2020 |
| apakan makna "fleksi" dan "infleksi" bidang tabahasa? | Fleksi atau infleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu seperti yang berlaku dalam bahasa Inggeris, book menjadi books dan wait menjadi waited. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 46. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
| Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) Soalan 2: Pintu Dibolehkan Membuka (Door Unlocked) Soalan 3: Buka Penutup (Open the Cover) Soalan 4: Putar pemegang ke arah "Pintu Dibolehkan Membuka" (Turn handle to "Door Unlocked" position) Soalan 5: Tunggu ART berhenti sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop) Soalan 6: Tolak pintu untuk membuka (Push door to open) Soalan 7: Berhati-hati dengan kenderaan lalu lintas semasa menurun (Be aware of oncoming traffic when alighting) Soalan 8: Denda akan dikenakan sekiranya berlaku penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Berikut merupakan senarai frasa yang telah diberikan penambahbaikan: - Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release)
- Pintu Dibuka (Door Unlocked)
- Buka Penutup (Open the Cover)
- Putar Pemegang untuk Membuka Pintu (Turn handle to "Door Unlocked" position)
- Tunggu ART Berhenti Sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop)
- Tolak Pintu untuk Membuka (Push door to open)
- Berhati-Hati dengan Kenderaan Lalu Lintas Semasa Turun (Be aware of oncoming traffic when alighting)
- Denda akan Dikenakan Sekiranya Berlaku Penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)
Walau bagaimanapun, penggunaan frasa bahasa Melayu tersebut haruslah bersesuaian dengan konteks dan bidang yang dilambanginaya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.09.2024 |
| Assalamualaikum tuan/puan, Izinkan saya bertanya, menurut cakupan skrin seperti dlampirkan dibawah. Adakah outcome telah masuk dan diiktiraf sebagai isitilah dalam Bahasa Melayu? Setelah membuat carian di laman web DBP. Carian saya hanya berjaya mendapatkan definisi daripada kamus inggeris-melayu. Jika tiada di dalam istilah BM. Maka apa perkataan yang sesuai digunakan sebagai ganti outcome? Bantuan tuan/puan amat saya hargai. | Waalaikumsalam, menurut Kamus Melayu- Inggeris DBP, perkataan outcome bermaksud hasil: Contoh ayat; whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome belum diiktiraf sebagai istilah dalam bahasa Melayu dan perkataan ini diberikan padanan maksud mengikut bidang seperti contoh yang berikut: outcome indicator- penunjuk hasil-bidang sains politik; outcome standard- piawai dapatan- bidang pendidikan; outcome evaluation-penilaian hasil- bidang pendidikan. Selain itu, perkataan outcome juga boleh bermaksud akibat. sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. | Istilah | 04.04.2018 |
| Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |