Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jar] | واجر

Definisi : 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jar] | واجر

Definisi : 1 sebagaimana biasa; tidak ditambah-tambah; tidak dibuat-buat: nasi ~ nasi biasa; nasi putih. 2 sebagaimana semestinya; mengikut keadaan biasa: Mereka menuntut supaya diberi tempat yg ~ dlm masyarakat. mewajarkan menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. kewajaran keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. pewajaran perihal atau perbuatan mewajarkan: ~ hendaklah dilakukan terhadap tindakan itu. sewajar; ~ dgn setimbal dgn; sesuai dgn. sewajarnya 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya,
     orang alim disanjung dengan hajinya,
orang muda disanjung dengan manjanya.

Bermaksud :

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang".Tatabahasa15.04.2013
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif?Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang.Tatabahasa24.03.2012
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib?

Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil  berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain.

Tatabahasa23.08.2011
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar">wajar, kena.Tatabahasa21.10.2010
Ayat mana satukah yang wajar? 1) Sultan melantik Hang Tuan sebagai Bendahara Melaka. 2) Sultan melantik Hang Tuan untuk menjadi Bendahara Melaka. Dalam jawapan anda, sila sertakan penjelasan bagi perbezaan antara "sebagai" dan "untuk menjadi" dalam kedua-dua ayat di atas. Terima Kasih.Ayat pertama yang wajar, iaitu Sultan melantik Hang Tuah sebagai Bendahara Melaka. Makna 'sebagai' ialah jadi, menjadi, selaku.Tatabahasa05.06.2008
Saya dalam proses menulis sebuah novel yang berkisar tentang gelagat pekerja-pekerja di sebuah pejabat. Cadangannya, saya ingin memberi novel tersebut dengan judul "Ofis" atau "Opis". Adakah wajar saya memilih judul sedemikian. Sekian, dan terima kasih atas maklumbalas.Perkataan ofis merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang baku ialah pejabat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar perkataan ofis digunakan sebagai judul novel tersebut.   Ejaan12.05.2008
Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini.Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini.Tatabahasa14.06.2007
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain?Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan.Lain-lain14.08.2010
Minta beri pandangan, yang manakah wajar digunakan ? di kalangan / dalam kalangan; antara punca / antara punca-punca; kereta baru / kereta baharu; di majlis / dalam majlis; berkenaan isu tersebut / berkenaan dengan isu tersebut; pertandingan melukis / pertandingan lukisan; lesen memandu / lesen pemandu. Terima kasih.Yang betul ialah dalam kalangan, antara punca, kereta baru dan kereta baharu - kedua-duanya betul, di majlis, berkenaan isu tersebut, pertandingan melukis, lesen pemandu - walau bagaimanapun lesen memandu telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat (asalnya lesen memandu kereta).Tatabahasa11.11.2010
apakah maksud/definisi "warga tua tidak wajar diletakkan di rumah kebajikan"?

Maksud yang dapat kami fikirkan ialah sebagai anak yang telah dibesarkan dan dipelihara sejak kecil oleh kedua-dua ibu bapa seharusnya apabila mereka tua adalah menjadi tangungjawab kita pula untuk menjaga mereka dan janganlah sesekali kita menghantar mereka ke rumah  kebajikan atau rumah jagaan orang tua-tua.     

Tatabahasa15.02.2009
12345678

Kembali ke atas