Bagaimana ejaan Jawi untuk perkataan berikut: Francis Light Sedasarwasa Memangkin Relevan wadahnya wajarlah Mempraktikkannya | فرنچيس لاءيت سداساورسا ممڠکينکن ريلۏن وادهڽ واجرله ممڤرکتيککنڽ | Lain-lain | 12.11.2020 |
Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu. munsyi, angkat wajarlah digantikan dengan kata apa? TQ | jawapan yang sesuai ialah mengangkat | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQ | Buang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Bolehkah tuan cuba pastikan ayat ini gramatis? Ibu bapa telah membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk pendidikan kita, justeru wajarlah kita belajar dengan bersungguh-sungguh. Adakah kata penanda wacana 'justeru"dalam ayat ini digunakan dengan betul? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru sebagai penanda wacana penghubung boleh digunakan dalam ayat ini yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Anak-anak yatim itu bertuah kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat__kebajikan mereka. MUNSYI, SAYA WASWAS SAMA ADA SELEPAS MENGAMBIL BERAT, WAJARLAH DIIKUTI DENGAN KATA SENDI ATAU TIDAK, TQ | Dalam konteks ini kata sendi nama perlu untuk membawa maksud rujukan sesuatu benda yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama yang sesuai ialah "tentang". | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Bolehkah menggunakan terma "Bangsa Malaysia"? Bukankan bangsa merujuk kepada bangsa Melayu, cina, India dll | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Istilah | 30.08.2018 |
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu. | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Makna | 21.02.2013 |
Salam hormat. saya ada beberapa soalan yang tidak pasti tentang kesahihan ayat tersebut. Harap pihak tuan dapat membantu saya. 1. Serpihan kaca terpijak oleh saya. Ayat di atas saya tidak pasti betul atau tidak kerana kata sendi oleh dalam ayat pasif diikuti kata ganti nama diri pertama saya. Adakah kata kerja pasif berimbuhan ter boleh diikuti kata ganti nama diri pertama ? sila lihat 2 ayat berikut. 1. Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. 2. Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas Tingkatan 5 Sains. Antara 2 tersebut, yang manakah betul ? Wajarlah kata tingkatan itu ditulis dengan huruf besar? Saya amat berharap agar pihak tuan dapat membalas e-mel ini. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah saya terpijak serpihan kaca / serpihan kaca saya terpijak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 173 dan 491 untuk keterangan lanjut. Ayat yang betul ialah Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan 5 Sains 2. | Tatabahasa | 02.08.2010 |