| Salam, yang mana satu ayat betul a) Apa yang digunakan untuk mandi? b} Apakah yang digunakan untuk mandi? Adakah parikel-kah, -lah, -tah wajib digabungkan dengan kata tanya untuk membentuk ayat tanya. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah apakah yang digunakan untuk mandi? Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut: 1 (a). Siapakah majikan kamu itu? (b). Majikan kamu itu siapakah? 2 (a). Apatah daya kita? (b). Daya kita apatah? 3 (a). Itulah rumah idamanku. (b). Rumah idamanku itulah.
| Tatabahasa | 23.11.2020 |
| Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must. | Tatabahasa | 28.02.2012 |